Sudah menjadi satu hobi buat para pencinta automotif untuk memodifikasi kenderaan yang dimiliki agar kelihatan lebih cantik atau lain daripada yang lain.
Bagaimanapun, tidak semua modifikasi yang dilakukan itu mematuhi peraturan jalan raya dan dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Antara modifikasi yang sering dilakukan oleh pengguna kereta dan motosikal adalah menukar ‘cover’ lampu kenderaan menjadi warna putih sepenuhnya atau lebih popular disebut sebagai lampu albino dalam dunia permotoran.
Susulan itu, seorang lelaki yang juga anggota JPJ telah tampil menjelaskan tentang penggunaan lampu albino pada kenderaan mengikut syarat yang ditetapkan jabatan tersebut.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @rahmanpotente, lelaki yang dikenali sebagai Rahmah itu memaklumkan terdapat banyak soalan yang diajukan kepadanya mengenai penggunaan lampu tersebut.
Menurutnya, antara syarat utama untuk membolehkan pemasangan lampu albino mestilah sesuatu kenderaan itu mempunyai ‘reflector’ pemasangan asal kilang di bahagian bonet atau bumper belakang.
Jelas Rahman, ini kerana sifat lampu albino tidak seperti lampu belakang biasa yang memiliki pantulan sekiranya terkena sesuatu cahaya.
“Pada lampu asal memang terdapat satu sifat iaitu bersifat pantulan yang boleh memantulkan cahaya dalam keadaan kesemua lampu tersebut tidak berfungsi yang mana sifat ini tidak ada pada lampu albino,” katanya.
Rahman menjelaskan bahawa kenderaan yang tidak memiliki pantulan cahaya asal semasa pengeluarannya tidak dibenarkan untuk menggunakan lampu albino.
Selain itu, dia berkata nyalaan bagi setiap mentol juga mestilah mengikut spesifikasi yang telah dikehendaki oleh Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah di bawahnya.
“Nyalaan lampu ketika malam dan brek mestilah berwarna merah, nyalaan lampu isyarat berwarna kuning dan lampu undur (reverse) berwarna putih,” katanya lagi.
Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…
Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…
Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.
Menurut Nadhir, cubaan menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh akan memberikan impak seperti denda, penalti wang…
Wanita itu berkata bahawa dia jarang berbuat demikian dan hanya ingin mencuba selepas salah sorang…