“Steady Je” – Wanita Tetap Jual Nasi Kerabu Ketika Banjir Undang Perhatian Ramai [Video]
Banjir yang melanda turut menyebabkan beberapa perkakas untuk memasak dan berniaga milik wanita itu ditenggelami air.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada ketika ini, negeri-negeri di Kelantan, Terengganu dan Pahang sedang dilanda bencana banjir berikutan hujan lebat yang turun sejak beberapa hari.
Selain Pantai Timur, negara jiran, selantan Thailand turut dilanda banjir sekaligus menjejaskan puluhan ribu penduduk.
Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Banjir Cecah 24,400 Di Pantai Timur, 240 PPS Dibuka Di 18 Daerah
Bencana itu juga menyebabkan sebilangan jalan, landasan kereta api dan belasan sekolah di wilayah Yala serta Narathiwat juga terpaksa ditutup buat sementara waktu.
Peniaga wanita tetap bersemangat mencari rezeki ketika banjir
Bagaimanapun, bencana alam yang melanda di sana tidak sedikitpun melunturkan semangat seorang peniaga wanita ini untuk mencari rezeki.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @userp422ac68zn, wanita terbabit menjual nasi kerabu, bihun goreng dan beberapa jenis lauk pauk di hadapan rumahnya.
Jual makanan ketika paras air banjir hampir cecah pinggang
Meskipun air banjir pada ketika itu hampir mencecah paras pinggangnya, wanita terbabit tetap meneruskan perniagaanya seperti biasa.
Banjir yang melanda turut menyebabkan beberapa perkakas untuk memasak dan berniaga milik wanita itu ditenggelami air.
Dalam video sama, turut kelihatan dua orang pelanggan sedang membeli makanan seolah-olah tidak mengendahkan keadaan air yang naik pada ketika itu.
Netizen puji dan titip doa buat peniaga wanita tersebut
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji peniaga wanita itu yang tetap tenang meneruskan perniagaannya ketika banjir.
Selain itu, kebanyakan netizen juga mendoakan agar wanita tersebut tetap bersabar dan reda dengan ujian yang diberikan Allah SWT.
Semoga Allah SWT juga mempermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan Selatan Thailand.
Mangsa Banjir Cecah 24,400 Di Pantai Timur, 240 PPS Dibuka Di 18 Daerah
Untuk info, Merujuk kepada Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 24,484 orang mangsa banjir ditempatkan di 240 pusat pemindahan sementara (PSS) di tiga negeri tersebut.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan menunjukkan peningkatan yang mendadak, bermula dengan 1,991 pada pagi semalam (25 Disember), kepada 9,721 pada malamnya dan terus meningkat kepada 13,791 setakat 11 pagi ini (26 Disember).
Di Terengganu, jumlah mangsa terkini adalah 9,995 daripada 2,698 keluarga, meningkat daripada 4,294 orang malam semalam.
Walaupun tidak seteruk situasi di Kelantan dan Terengganu, jumlah mangsa banjir turut meningkat di Pahang. Kini, seramai 698 orang mangsa daripada 170 keluarga ditempatkan di 14 PRS di daerah Raub dan Lipis.