Roti Canai Kosong Sekeping RM9 Di Genting Highlands Undang Pelbagai Reaksi

Isu pelanggan dikenakan harga makanan yang mahal sudah kerap kali berlaku. Malah terdapat juga segelintir daripada peniaga yang meletakkan tanda harga yang mengelirukan kepada pelanggan.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan pelanggan berasa tidak berpuas hati apabila dikenakan harga yang mahal selain turut menimbulkan pelbagai soalan apatah lagi apabila makanan yang dibeli itu tidak padan dengan saiz atau jenisnya.

Roti canai kosong sekeping RM9

Baru-baru ini, tular satu hantaran apabila terdapat pelanggan yang memaklumkan dikenakan cas yang mahal untuk sekeping roti canai yang dinikmatinya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Malaysia Most Viral di laman X memaklumkan pelanggan menikmati roti canai tersebut di Genting Highlands.

Di dalam bil yang dikongsikan turut menunjukkan roti canai kosong sekeping RM9.

Isu itu secara tidak langsung membuatkan beberapa pihak tertanya-tanya mengapa makanan yang dijual di Genting Highlands menjadi mahal.

Selain itu, turut mempersoalkan adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh mengambil tindakan jika dikenakan kos yang mahal untuk makanan tersebut.

“Roti canai kosong RM9 sekeping.

“Nak tanya kenapa kalau jual dekat Genting Highlands auto mahal? Kalau macam ni KPDN boleh ambil tindakan tak?

Cas roti canai mahal turut undang pelbagai reaksi orang ramai

Hantaran itu secara tidak langsung telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang turut mempersolkan mengenai harga makanan yang dikenakan.

Malah ada yang turut berpendapat harga mahal bagi makanan atau minuman juga turut dikenakan di beberapa tempat termasuklah taman tema yang berada di Malaysia.

Ada juga yang memberitahu mereka juga tidak memahami mengapa tempat seperti pelancongan perlu meletakkan harga yang tinggi walaupun ia hanya di gerai makan biasa.

Namun ada juga mengatakan individu tersebut menikmati roti canai tersebut di kafe sebuah lobi hotel dan harga itu adalah bersesuaian dengan tempat berkenaan.

Walau bagaimanapun terdapat juga netizen yang menasihatkan untuk tidak menikmati makanan di kedai mengenakan cas yang mahal.

Tidak kurang juga ada yang berpendapat harga tersebut mahal berkemungkinan kerana kos sara hidup di kawasan tersebut lebih mahal.

“Kalau harga ni bukan dipanggli roti canai dah, ia dipanggil ‘flattened flour dough with curry toppings'”

“Dari dulu memang tak faham, kenapa tempat pelancongan harga jauh tinggi daripada gerai-gerai biasa..”

“Saya rasa perbezaan harga yang awak katakan mungkin disebabkan kos hidup yang tinggi di Genting Highlands..”

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Tahun Terakhir Saya Sebagai Penyanyi” – Aliff Syukri Umum Undur Diri Dari Dunia Nyanyian

Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…

12 hours ago
  • Trending

Lelaki Handsome Bila Berduit? Ini Pendapat Golongan Wanita [Video]

Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…

13 hours ago
  • Trending

Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]

Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…

13 hours ago
  • Trending

Penunggang Motosikal Dikecam Selamba Rosakkan Cermin Sisi Ativa Ketika Di Jalan Raya [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…

14 hours ago
  • Trending

“Maaf Hanya Mampu Bawa Pergi Kedai Eco” – Lelaki Bawa Ibu Pergi Kedai RM2 Sempena Hari Ibu Raih Perhatian [Video]

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…

16 hours ago
  • Trending

Ramai Kagum Lihat Wanita Jaga Ibu ‘Bedridden’, Siap DIY Katil [Video]

Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…

16 hours ago