Gamer Mat Salleh Selamba Makan Nasi Lemak Bungkus Sekali Dengan Daun Pisang [Video]

Umum mengetahui nasi lemak merupakan antara makanan yang sering menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Makanan ini tidak hanya dimakan ketika sarapan pagi, sebaliknya ia sentiasa dicari sepanjang masa termasuklah ketika makan malam.

Rasa nasi yang berlemak dan digandingkan rasa pedas manis sambal bersama kacang, telur, ikan bilis dan timun membangkitkan keenakkan hidangan tersebut.

Malah setiap pelancong yang berkunjung ke Malaysia wajib merasai nasi lemak sebagai tanda mereka pernah ke negara ini.

Influencer Mat Salleh makan nasi lemak ketika live

Baru-baru ini, tular satu video di laman X memaparkan beberapa influencer yang terkenal dalam bidang ‘e-sports’ sedang mencuba nasi lemak dalam sebuah program realiti OG Esports yang bersiaran secara langsung di Kuala Lumpur, Malaysia menerusi YouTube.

Program realiti itu yang diacarakan oleh Lizzard telah menemuramah influencer tempatan iaitu Mushi dan juga influencer luar negara, Ceb serta Slacks.

Dalam video tersebut, kru telah membawa beberapa hidangan yang terkenal di Malaysia untuk dirasai oleh para influencer.

Tak sempat makan makanan Malaysia kerana sibuk dengan perlawanan Dota

Ceb sebelum itu menyatakan dia belum sempat mencuba makanan Malaysia atas kekangan masa kerana terlibat dengan perlawanan game seperti Dota.

Mushi yang merupakan warga tempatan berpendapat makanan di Malaysia bersesuaian dengan orang ramai termasuk pelancong memandangkan negara ini terdiri dengan pelbagai bangsa.

Mereka kemudian mencuba beberapa makanan bermula dengan nasi lemak. Kelihatan Lizzard dan Ceb mencubanya sebaik dihulurkan oleh Mushi.

Slacks selamba makan nasi lemak sekali dengan daun pisang

Namun apa yang menjadi perhatian apabila Slacks secara spontan memasukkan nasi lemak yang masih berbungkus dengan daun pisang terus ke dalam mulutnya.

Tindakannya itu kemudian telah mengundang perhatian penonton yang cuba memberitahu daun tersebut tidak boleh dimakan. Perkara itu telah menyebabkan mereka tertawa sebelum Slacks mengeluarkan semula daun pisang tersebut dari mulutnya.

“Apa? Saya tidak sepatutnya makan daun itu? Saya ingatkan ia untuk dimakan,” kata Slacks dengan mulut yang penuh.

Mushi kemudian menyatakan dia rasa bersalah kerana tidak menerangkan kegunaan daun tersebut kepadanya.

Ceb juga memberitahu Slacks daun tersebut hanya sekadar untuk menjadi bungkusan kepada makanan tersebut dan ia bukan untuk dimakan.

“Awak kelihatan lebih Malaysia berbanding saya,” gurau Mushi kepada Slacks.

Ramai terhibur lihat Slacks makan daun pisang

Situasi lucu itu secara tidak langsung telah membuatkan penonton ketawa melihat gelagat Slacks.

Ceb lalu menyatakan dia sukakan nasi emak itu dan menyifatkan ia sedikit pedas namun boleh dimakan olehnya.

Namun berbeza dengan Slacks yang berpendapat nasi lemak itu terlalu pedas buatnya.

Klip video memaparkan momen lucu itu kemudiannya turut dikongsikan di laman X sehinga menarik perhatian ramai.

Melihat di ruangan balas, ramai yang terhibur dengan perkara itu dan menyatakan pasti Slacks menyangkakan ia dimakan seperti sushi.

Tidak kurang juga ada yang menyifatkan daun tersebut bukan salad yang boleh dimakan begitu sahaja.

“Sila nikmati salad yang datang bersama nasi lemak”

“Mesti dia ingat nasi lemak, makan macam sushi tu. Yang jenis wrap dengan warna hijau (rumpai laut) tu”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Jumlah Kelahiran Bayi Di Malaysia Semakin Menurun Berbanding Suku Tahun Pertama 2023

Menurut Ketua Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir setakat suku pertama tahun 2024…

15 hours ago
  • Trending

Anak Gigih Buat Slaid Kerana Mahu Pinjam Kereta Ibu Untuk Bercuti Undang Perhatian [Video]

Jelas Wan, anaknya sebelum ini telahpun meminta izin untuk menggunakan kenderaan miliknya, namun dia belum…

16 hours ago
  • Trending

Ramai Suka Konsep Cari Jodoh Sambil Makan & Borak Santai Di Kafe [Video]

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan peserta dapat mengenali antara satu sama lain…

17 hours ago
  • Trending

Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…

18 hours ago
  • Info

Akaun 3 KWSP Dah Bermula, Ini Cara Pindahkan Wang Ke Akaun Fleksibel [Video]

Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…

20 hours ago
  • Trending

Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…

20 hours ago