Kalendar 2023A Jadi Perhatian, Rupanya Ini Sebab Kenapa Orang Cina ‘Takut’ Dengan Nombor 4

Baru-baru ini, tular satu perkongsian sebuah kedai kopitiam yang memuat naik satu gambar kalendar kuda di Facebook. Difahamkan kalendar tahun baru itu diberikan secara percuma kepada pelanggannya.

Apa yang menjadi tumpuan adalah, kalendar tersebut tidak menggunakan tahun ‘2024’, tetapi menggantikannya dengan ‘2023A’. Sama seperti yang selalu kita lihat di dalam lif!

Yalah, mesti korang pernah masuk lif yang tak ada tingkat 4 atau 14, sebaliknya diubah menjadi 3A, 13A dan seterusnya. Apa sebabnya ya?

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Seorang pengguna Facebook berkata sepatutnya kesemua tarikh yang mengandungi angka ‘4’ turut ditukar kepada ‘3A’.

Malah, hantaran tersebut turut menerima komen daripada TGV Cinemas yang menyifatkannya sebagai teknik pemasaran yang bijak.

Seorang lagi pengguna pula berfikiran lebih positif! Katanya apabila ditambah kesemua angka dalam ‘2024’, ia akan bersamaan dengan ‘8’, iaitu nombor yang membawa tuah.

Persoalannya, mengapa perkara ini berlaku dan adakah ia hanya melibatkan bangsa Cina sahaja?


Angka 4 Berbunyi Seperti Perkataan ‘Mati’

Sebenarnya, bukan masyarakat Cina sahaja yang tidak suka dengan nombor 4, tetapi boleh dikatakan semua penduduk Asia Timur termasuk Korea dan Jepun.

Bagi mereka, angka ‘4’ perlu dijauhi kerana ia dipercayai akan membawa ‘suwey’ atau sial. Ketakutan ini digelar tetrafobia iaitu perasaan takut atau usaha menjauhi daripada nombor ‘4’ yang dikaitkan dengan kematian.

Secara asasnya, perkara ini terjadi kerana kebanyakan bahasa Asia Timur bagi nombor 4 berbunyi hampir serupa atau seperti perkataan ‘mati’.

Sebagai contoh, angka 4 dalam bahasa Cantonese disebut 四 (sì) dan menyerupai sebutan ‘mati’ 死 (sǐ). Malah, seorang rakan pernah memberitahu bahawa nombor 14 adalah lebih malang kerana ia kedengaran seperti ‘mesti mati’.


Tetrafobia Bukan Perkara Main-Main

Kalau korang rasakan masalah tetrafobia ini sesuatu yang boleh diperlekehkan, perkara ini lagi teruk berlaku di China dan Hong Kong.

Dipercayai bahawa penganjur China tidak meneruskan bidaan bagi menjadi tuan rumah Olimpik 2004 setelah gagal mendapatkannya pada tahun 2000. Sebaliknya, mereka tunggu sehingga Olimpik 2008, terutamanya dengan angka 8 yang dipercayai mereka membawa tuah atau ‘ong’.

Di Hong Kong pula, sesetengah bangunan tidak mempunyai tingkat yang mempunyai angka ‘4’. Bukan sahaja tingat 4, 14, 24 dan seterusnya seperti di sini, tetapi keseluruhan tingkat 40 hingga 49 turut dilangkau.

Namun begitu, sesetengah pihak membuat spekulasi bahawa langkauan ini dilakukan supaya bangunan kedengaran lebih tinggi kerana tingkat lebih atas mempunyai harga yang lebih mahal.

Malah, masyarakat Hong Kong juga akan sedaya upaya mengelak angka ‘4’ termasuk pada nombor telefon, alamat dan nombor plat kenderaan.

Di Korea, nombor ‘4’ di dalam kebanyakan lif akan digantikan dengan huruf ‘F’ yang merujuk kepada ‘four’.

Kalau korang nak tahu, rata-rata negara barat pula menganggap angka ’13’ sebagai nombor yang membawa malang.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

1 hour ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

2 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

2 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

2 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

4 hours ago