Disney Hilang Hak Cipta Terhadap Mickey Mouse? Ini Info Sebenar Yang Anda Perlu Tahu

Tidak dinafikan, rata-rata masyarakat membesar dengan kartun kegemaran di era masing-masing.

Salah satu karakter yang menjadi kegemaran ramai dari dahulu hingga ke hari ini ialah watak Mickey Mouse iaitu seekor tikus yang bercirikan manusia.

Sebut sahaja nama tikus itu, pasti ramai yang akan mengenalinya termasuklah golongan kanak-kanak pada zaman moden ini.


Disney Hilang Hak Cipta Terhadap Mickey Mouse?

Namun baru-baru ini kecoh apabila watak terkemuka animasi Disney itu bakal menjadi domain awam (public domain) bermula 1 Januari 2024.

Difahamkan kehilangan hak itu adalah tertakluk kepada undang-undang hak cipta Amerika Syarikat (AS).

Meskipun perkara ini benar namun ia hanyalah melibatkan versi awal watak animasi Disney itu iaitu yang pernah pernah muncul dalam filem pendek bertajuk Steamboat Willie pada 1928. Jadi usah keliru.

Hanya libatkan watak versi awal dalam filem Steambot Willie

Kenapa ini berlaku? Ini kerana undang-undang di AS membenarkan tempoh perlindungan hak cipta selama 95 tahun sahaja selepas ianya dihasilkan.

Oleh disebabkan itu, orang awam kini boleh menggunakan imej Mickey dan Minnie Mouse yang pernah muncul dalam Steamboat Willie.

“Perubahan baharu itu bermakna orang ramai hanya boleh menggunakan kapten bot seperti tikus (Mickey Mouse) tidak bercakap yang dilihat dalam Steamboat Willie. Bukan versi yang lebih moden,” kata Jennifer Jenkins, seorang profesor undang-undang dan pengarah Duke’s Centre.

Sumber: Cartoon Goodies/Disney Wiki

Mickey Mouse Versi Moden Tak Terjejas

Memetik sumber Sky News, jurucakap Disney memaklumkan bahawa versi Mickey Mouse yang lebih moden tidak terlibat dengan hak cipta yang telah tamat tempoh.

“Versi Mickey yang lebih moden akan kekal tidak terjejas selepas tamatnya hak cipta Steamboat Willie.

“Mickey akan terus memainkan peranan utama sebagai duta global untuk syarikat Walt Disney dalam penceritaan, tarikan taman tema dan barangan kami,” jelasnya.

Sumber: Disney Plus

Mickey Mouse Adalah Simbol Kekal Walt Disney

Watak Mickey Mouse yang diasaskan oleh ilustrator dan usahawan Walt Disney, merupakan simbol kekal bagi jenama berbilion dolar itu.

Malah sejak 90 tahun yang lalu, banyak taman tema Disneyland muncul di pelbagai negara dan menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk tempatan bahkan pelancong serata dunia.

Simbol Mickey Mouse juga telah dijadikan satu logo yang dipaparkan pada pakaian, peralatan rumah dan juga makanan dijual oleh pasaran.

Bukan itu sahaja, karakter tikus tersebut turut membintangi atau membuat penampilan dalam ratusan filem, permainan video serta rancangan televisyen, terutamanya Fantasia dan Get a Horse.

Sumber: Disney Wiki

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

5 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

9 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

9 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

9 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

10 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

10 hours ago