fbpx
Now Reading
Teruk Disindir Isu Beli Semua Tiket Panggung Wayang, Madammu Tampil Beri Penjelasan

Teruk Disindir Isu Beli Semua Tiket Panggung Wayang, Madammu Tampil Beri Penjelasan

Sebelum ini, Madammu dikritik hebat selepas membuat perkongsian yang dia membeli semua tiket wayang hanya kerana mahukan ketenangan semasa menonton filem.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia mempunyai personaliti dan keunikannya tersendiri. Hal ini boleh terjadi disebabkan seseorang itu dibesarkan dengan cara dan persekitaran yang berbeza.

Malah, masyarakat ketika ini lebih gemar untuk menilai seseorang itu melalui sikap yang ditampilkan iaitu introvert atau extrovert.


Madammu Disindir Kerana Beli Semua Seat Wayang Lepas Mengaku Diri Introvert

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di akaun TikTok pengasas produk kosmetik Noir Health & Beauty, Madammu menyaksikan suasana ketika dia mahu menonton filem di sebuah panggung wayang.

Jika dilihat daripada klip video berkenaan, kesemua tempat duduk wayang itu tidak memiliki penghuni malah Madammu atau nama betulnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid, 34, mendedahkan telah membeli kesemua tempat duduk disebabkan sifat ‘introvert’ yang dimilikinya.

“Sejenis introvert! Jadi kami belilah semua seat,” jelasnya.

Namun begitu, tindakannya membeli kesemua tempat duduk itu telah mendapat pelbagai reaksi berbentuk sindiran dari pengguna media sosial.

Tidak kurang juga yang menganggap ianya satu bentuk pembaziran.

“Kenapa tak beli wayang tu terus?” kata seorang netizen.

Malah ada juga di antara warganet yang mempertikaikan aksi Madammu kerana beranggapan pengunjung di pawagam tidak perlu bersosial.

“Masalahnya dalam wayang bukan kena bersosial dengan orang lain pun,” ujar seorang warganet.

@madammmmu

Sejenis introvert! Jadi kita beli la semua seat.

♬ original sound – madammu – madammu

Terbaharu, Madammu tampil menjelaskan situasi sebenarnya di mana dia hanya bergurau dan wayang tersebut tiada penonton ketika tayangan berlangsung.

Malah Madammu mengakui tidak membeli semua tiket seperti yang dikatakannya sebelum ini. Dia sendiri terkejut sebaik melihat bilik panggung yang kosong di mana hanya dia dan suami sahaja berada di sana.

“Ada plot twist sebenarnya. Saya dan suami pergi menonton wayang itu selepas musim cuti sekolah. Sampai saja dalam panggung wayang, kami ingatkan salah hall.

“Masuk saja hall tu kosong tiada orang. Kami nak keluar panggung dah tapi rupa-rupanya memang saya dan suami sahaja yang menonton pada ketika itu.

“Jadi saya pun saja buat kapsyen cakap kami book satu hall. Sebenarnya kami tidak book satu hall tu pun, tak pernah-pernah kami tonton wayang tapi hall kosong seperti itu,” katanya memetik mStar.


Apakah Ciri-ciri Individu Introvert

Menurut Hello Doktor, introvert atau introversi merupakan personaliti dimiliki oleh seseorang apabila mereka berasa lebih selesa untuk fokus kepada pemikiran dan idea dalaman berbanding perkara yang berlaku secara luaran.

Bukan itu sahaja, golongan ini juga suka meluangkan masa dengan hanya satu atau dua orang sahaja dan bukannya dalam kumpulan individu yang ramai.

Buat anda yang tidak pasti tentang kelakuan manusia bersifat introvert, di sini kami kongsikan lima ciri-cirinya.

  • Suka menyendiri dan lakukan hobi secara bersendirian.
  • Mempunyai kumpulan kenalan rapat yang kecil.
  • Cenderung mempunyai motivasi yang tinggi dan memahami perasaan diri sendiri.
  • Gemar mempelajari tentang sesuatu menerusi pemerhatian.
  • Orang lain agak sukar untuk mengenali sifat mereka yang sebenar.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Suami Madammmu Tak Bagi Bayi Sulung Mandi Guna Air Paip, Sanggup Belikan Air Mineral

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.