Dikecam Di TikTok Kerana Minta MacBook, Wanita Dedah Hanya Terima RM100 Untuk Konten

Video seseorang membelikan barangan untuk orang tidak dikenali yang pertama kali ditemui, kini banyak dihasilkan dan dimuat naik ke media sosial, terutamanya laman TikTok.

Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan seorang influencer bernama Kimberly Ng, bertanyakan kepada orang lain jika mereka mahukan wang kertas RM1 atau satu hadiah misteri.

Melalui video tersebut, seorang wanita telah memilih untuk mengambil hadiah misteri berkenaan.

Setelah membuka sampul surat bagi hadiah misteri tersebut, tertulis pada satu kertas yang dia boleh meminta apa sahaja barangan yang bernilai tidak kurang daripada RM250.

Mereka kemudiannya telah memasuki satu kedai komputer berdekatan dan wanita bertuah tadi memilih untuk membeli satu laptop jenis MacBook.

Netizen Sokong Tindakan Wanita Berkenaan

Penularan video tersebut menyebabkan wanita berkenaan telah menerima pelbagai kecaman di TikTok dan dikatakan sebagai mengambil kesempatan. Tidak kurang juga ada yang mengkritik paras fizikalnya.

Namun begitu, reaksi berbeza diberikan pengguna X yang menyokong tindakan wanita berkenaan kerana ia dilihat tidak salah. Siapa yang nak belanja macam tu kan?

Seorang pengguna laman X berkata wanita tersebut membuat pilihan yang betul. Tambahnya, selepas ini pencipta kandungan patut berkata, “Saya belanja apa-apa barangan kurang dari RM250“.

Terima RM100 Untuk ‘Berlakon’ Dalam Video

Siapa sangka, perbincangan di X menarik perhatian empunya badan. Apa yang mengejutkan, wanita berkenaan mendakwa video tersebut hanyalah kandungan semata-mata.

Bukan itu sahaja, dia yang tidak menyangka video berkenaan akan ‘meletup’, turut mendakwa hanya menerima upah sebanyak RM100 untuk ‘berlakon’ di dalam video itu.

Dalam masa yang sama, dia berkata telah cuba menghubungi Kimberly, tetapi tidak mendapat sebarang respon.

Katanya lagi, banyak komen negatif yang diterimanya seperti kaki kikis dan tidak sesuai untuk dijadikan isteri.

Dia juga berkata dia tidak memaafkan mereka yang telah mencacinya dan berterima kasih kepada semua yang kekal positif.

Video Telah Diturunkan Oleh Pencipta Kandungan

Namun, semakan kami mendapati ciapan balas tersebut kini telah dipadam olehnya. Ini selepas dia menerima maklum balas daripada Kimberly berkenaan isu tersebut.

Melihat kepada satu tangkap layar, Kimberly meminta maaf kepadanya kerana perkara tersebut telah membangkitkan masalah bagi pihaknya. Dia juga telah menurunkan kandungan berkenaan.

Di samping itu, Kimberly memohon agar wanita itu memadam semua hantarannya berkenaan video tersebut supaya tidak menyebabkan kecaman daripada netizen berterusan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

14 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

15 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

15 hours ago