Lelaki Dedah Bahasa Sebenar Yang Digunakan Alien Zoragon Dalam Filem Senario XX Buat Ramai Terkejut [Video]

Kumpulan pelawak senior, Senario pastinya diminati ramai rakyat Malaysia, bahkan generasi terkini juga masih ada yang menonton sitkom atau filem-filem mereka.

Jika anda masih mengingati filem Senario XX yang ditayangkan sekitar tahun 2005, ia mengisahkan tentang makhluk asing (alien) yang sedang menaiki kapal angkasa namun terhempas di bumi selepas diserang oleh musuhnya.

Antara watak alien yang ada di dalam filem tersebut adalah Zoragon, Zoragas dan Zolidia. Namun percakapan yang digunakan oleh mereka seakan-akan bahasa makhluk asing yang tidak difahami oleh manusia.

Lelaki dedah bahasa sebenar yang digunakan oleh alien dalam filem Senario XX

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang lelaki mendedahkan tentang bahasa sebenar yang digunakan oleh watak-watak alien di dalam filem terbabit.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @zd_studio, lelaki terbabit menyatakan bahawa bahasa yang digunakan oleh makhluk asing itu adalah bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu digunakan disunting dengan kaedah ‘reverse speed’

Ia kedengaran seperti suatu bahasa asing yang pelik dan tidak boleh difahami kerana suara tersebut disunting secara ‘reverse speed’ oleh pihak produksi.

Dalam video terbabit, lelaki tersebut membuktikannya dengan menggunakan kaedah sama agar suara di dalam filem tersebut kembali menjadi asal.

Apabila klip babak perbualan antara alien itu disunting semula dengan keadah ‘reverse speed’, kedengaran ia memang menggunakan Bahasa Melayu seperti sari kata di bahagian bawah.

Ramai netizen baru tahu, selepas 19 tahun filem ditayangkan

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang pernah menonton filem terbabit juga terkejut kerana baru mengetahui tentang perkara tersebut.

Malah mereka turut memuji kebijaksanaan pihak produksi dan Aziz M. Osman kerana mampu berfikir untuk melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.

Selepas 19 tahun filem ini ditayangkan, ramai baru tahu tentang bahasa sebenar yang digunakan oleh alien terbabit.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

16 mins ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

44 mins ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

2 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Atlet Kayak Negara Dilanggar & Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 600 Meter

Saksi mendakwa kereta dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar dan menyeret Siti Nurul Masyitah Elias.

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]

Pelbagai jenis masakan yang boleh disediakan menggunakan bunga durian mengikut citarasa masing-masing.

4 hours ago