Sebelum ini penyanyi, As’ad Motawh teruk dikecam selepas didakwa memperlekehkan sistem pendidikan di Malaysia dalam satu bual bicara podcast di media sosial.
Menerusi temu bual tersebut, As’ad berkata apa yang dilakukannya kini tidak mempunyai kaitan dengan sekolah. Malah dia mendakwa kebanyakan masa di sekolah dirasai seperti membuang masa.
Perkara itu kemudiannya mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang kurang bersetuju dengan pendapatnya itu.
Belum lagi reda dengan kenyataan yang dikeluarkan penyanyi terbabit, seorang lagi influencer atau TikToker, Yousaf Iqbal pula dikecam ramai selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa sekolah tiada nilai.
Difahamkan kenyataan itu dikeluarkan dalam satu klip podcast bersama @ohyeke_sg di TikTok.
Menerusi video yang tular itu, Yousaf mendakwa apa yang dilalui ketika sewaktu bersekolah dahulu tidak mempunyai nilai.
“Bila aku lihat semula dengan apa yang aku lalui di sekolah, tiada nilai langsung guys.
“Sekolah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ni pun kosong mat,” dakwanya dalam podcast itu.
Ujarnya dia faham ada segelintir yang ingin menjadi jurutera kerana ia perlu di negara ini, malah akan ada juga ‘haters’ menyifatkan profesion itu penting di Malaysia.
“Tapi sebenarnya kalau kita fikir betul-betul, nilai sebenar adalah ilmu Allah SWT itu.”
Malah dia turut meminta orang ramai tidak mengulangi kesilapan yang dilakukannya selain turut memberi contoh situasi yang dialaminya.
“Kau bayangkan ya, aku dah kahwin tau. Kadang-kadang tu contoh isteri aku datang haid, adakala dia lebih daripada hari sepatutnya. Aku macam eh dah berapa hari ya, ni darah apa ya.
“Kalau macam ni apa yang perlu aku buat, dah boleh solat ke belum? Malu. Kau suami tapi kau tak boleh nak jawab soalan macam tu,” katanya.
Menurut Yousaf itu baru sedikit belum lagi apabila sudah mempunyai anak contohnya dari segi najis seperti air kencing kanak-kanak adakah ia suci atau tidak.
Meskipun dahulu mempelajari perkara asas namun apabila ia sudah dipraktikkan ilmu itu perlu digunakan tetapi seseorang itu tidak dapat melakukannya.
Kenyataan TikToker itu bagaimanapun telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang secara terang-terangan tidak bersetuju dengannya.
Malah ada yang menyifatkan ilmu yang dipelajari ketika disekolah digunakan dengan baik dan kesemua ilmu itu adalah Ilmu Allah SWT.
Walau bagaimanapun carian kami tidak menjumpai klip asal rakaman yang tular itu di YouTube atau media sosial milik @ohyeke_sg dan akaun peribadi Yousaf.
Kanak-kanak berkenaan turut menganggap hari itu merupakan hari Khamis ketika disoal oleh ibunya sedangkan hari…
Pemindahan wang simpanan ke dalam Akaun Fleksibel boleh dilakukan bermula kelmarin (12 Mei) hingga 31…
Menurut pejuang kanser itu dia mengalami rasa sakit di bahagian tulang belakang bagi tempoh yang…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, umat Islam yang mampu menyebut di dalam bahasa Arab (Allahu Akbar)…
Bagi Daiyan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menunjuk dan menyuarakan sokongan terhadap Palestin.
Menurut Nadhir, cubaan menamatkan kontrak sebelum tamat tarikh akan memberikan impak seperti denda, penalti wang…