Guru Kongsi Situasi Mengajar Di US Bikin Ramai Terkesima [Video]

Umum mengetahui menjadi seorang guru bukanlah suatu perkara yang mudah dan perlu berdepan dengan pelbagai ragam anak murid.

Malah, tugas mereka bukan hanya sekadar mendidik sebaliknya perlu mendisiplinkan para pelajar agar mereka menjadi insan yang berguna di masa akan datang.

Guru kongsi pengalaman mengajar pelajar sekolah di Amerika Syarikat

Baru-baru ini, seorang guru yang dikenali sebagai Jai telah berkongsi pengalamannya mengajar kanak-kanak di sebuah sekolah di Amerika Syarikat (AS).

Menerusi video tersebut, Jai sebelum ini pernah bekerja sebagai guru di Malaysia pernah mengimpikan untuk mengajar di sekolah rendah di AS.

Impiannya untuk mengajar di negara itu bagaimanapun tercapai namun mempunyai pengalaman yang berbeza dari segi ragam kanak-kanak di sana.

Pelajar sangat ‘aktif’

Dalam video tersebut, Jai turut menunjukkan bagaimana kelakuan kanak-kanak di negara berkenaan yang ‘aktif’ serta suasana bilik darjah yang berselerak dengan kertas dan barangan lain.

Bukan hanya itu, dia juga turut menjadi tempat luahan perasaan selain turut menunjukkan kecederaan di bahagian jari yang dialaminya.

Selain itu, dia meluahkan adakalanya dia perlu mengejar kanak-kanak untuk kembali ke kelas dan kadang-kadang terpaksa menenangkan pelajar yang ‘tantrum’ ketika di dalam kelas.

Ada juga yang keluarkan kata-kata kesat

Lebih mengejutkan, terdapat segelintir darinya yang mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya. Namun meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran dengan pelajarnya, Jai dilihat tidak berputus asa dengan perkara tersebut sebaliknya menjadikan ia sebagai gurauan dan setiap perkara dari sudut positif.

“Macam mana nak cakap ‘tak berkat ilmu cikgu bagi nanti’ dalam Bahasa Inggeris,” katanya secara berseloroh di ruangan komen.

Video itu telah menarik perhatian ramai yang menyifatkan pelajar kenakalan pelajar di Malaysia hanya 3/10 sahaja berbanding yang ditunjukkan.

Ada juga yang mendoakan guru itu diberikan syurga atas kesabarannya menjadi guru selain menyatakan hanya yang memiliki hati dan mental yang kuat akan bertahan.

“Pernah tak termarah dalam bahasa Melayu?”

“Syurga buat kau bang ada kesabaran macam ni”

“Yang betul-betul kental je boleh jadi cikgu dekat sana”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Islam Larang Perbuatan Paksa Orang Melutut Mintak Maaf – Mufti Wilayah Persekutuan

Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.

4 hours ago
  • Trending

Wanita Nekad Gugurkan Kandungan Lepas Tahu Suami Seorang Pedofilia [Video]

Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…

4 hours ago
  • Trending

“Bukan Semua Tanggungjawab Kami” – DBKL Jelaskan Fakta Tentang Pokok Di KL Yang Ramai Tak Tahu

Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…

5 hours ago
  • News
  • Trending

“Dia Tumbuk Saya Dulu” – Tular Video ‘Elmo’ Di Melaka Pukul Lelaki Gara-gara Bengang Diganggu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima…

5 hours ago