Keterujaan peminat Lionel Messi di Hong Kong berakhir dengan kekecewaan apabila pemain Argentina itu tidak beraksi dalam perlawanan persahabatan antara Inter Miami dan skuad kebangsaan negara itu.
Puluhan ribu peminat hadir ke Stadium Hong Kong dengan membayar harga tiket premium bagi menyaksikan pemenang Ballon d’Or 2022 itu beraksi pada Ahad lalu (4 Februari).
Kegagalan penonton melihat Messi beraksi di atas padang menyebabkan mereka mengamuk dan meminta wang dikembalikan (refund).
Selain peminat, kerajaan Hong Kong juga tidak berpuas hati apabila bekas penyerang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu hanya duduk di bangku simpanan sepanjang perlawanan.
Oleh itu, kerajaan juga menyatakan pihak penganjur perlawanan, Tatler Asia mungkin menghadapi pengurangan dana susulan perkara tersebut.
Menurut Al Jaazera, difahamkan Messi kekal di bangku simpanan sepanjang perlawanan itu kerana mengalami kecederaan otot paha.
Bagaimanapun, para penonton yang memenuhi stadium dengan kapasiti 38,323 tetap berasa marah kerana telah membayar lebih dari HK$1,000 (RM608) demi melihat pemain kesayangan beraksi, tetapi sebaliknya yang berlaku.
Semasa perlawanan bersambung pada separuh masa kedua, kedengaran para penonton bersorak ‘kami mahu Messi’ kerana ingin melihat salah satu pemain terhebat dunia itu beraksi.
Ketika perlawanan hampir tamat, para penonton semakin kuat bersorak kerana marah setelah menyedari bahawa peluang mereka untuk melihat Messi di atas padang semakin pudar.
Sorakan ‘boo’ kuat kedengaran di stadium selepas pengadil perlawanan meniupkan wisel tamat permaianan yang menyaksikan Miami berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 4-1.
Malah pemilik kelab Inter Miami, David Beckham turut menerima impak apabila di ‘boo’ oleh penonton yang kecewa dengan perkara itu,
Jawatankuasa Acara Sukan Utama (MSEC) dilaporkan telah melabur HK$15 juta untuk acara tersebut dengan tambahan wang sebanyak HK$1 juta untuk tempat tersebut, kata kerajaan dalam satu kenyataan.
“Mengenai ketiadaan Messi dalam perlawanan, kerajaan serta semua peminat bola sepak sangat kecewa dengan pihak penganjur. Penganjur perlawanan perlu memberikan penjelasan kepada semua peminat bola sepak.
“MSEC akan mengambil tindakan lanjut dengan penganjur mengikut syarat dan terma, yang termasuk mengurangkan jumlah pembiayaan akibat Messi tidak bermain dalam perlawanan berkenaan,” katanya.
Dalam satu video yang dikongsikan di laman X akaun @tripperhead, turut kelihatan salah seorang penonton yang berang telah bertindak menyepak papan promosi yang mempunyai muka Messi.
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…
Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…
Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…
Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…
Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.
Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…