Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan beberapa anggota dipercayai pihak majlis daerah di Kelantan didakwa mengambil semua kucing-kucing jalanan di sebuah kawasan pasar.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @elsacat33, pemilik akaun itu mendakwa kucing-kucing itu diambil sementara untuk mengosongkan kawasan tersebut yang bakal diadakan festival makanan.
Memahami akan tugas para anggota terbabit, pemilik akaun itu berkata pihak atasan juga harus menitik beratkan Akta yang melarang orang ramai daripada membuang kucing di kawasan pasar.
“Mana yang suka buang kucing itu? Suka? Ini kan yang dikatakan kucing boleh hidup dekat pasar. Angkuhnya hidup ini.
“Kita ini Allah lahirkan kita ada akal dan fikiran, kita kena fikir jalan penyelesaian. Berbuah dah mulut suruh mandul (kucing) tapi tolak mentah-mentah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan, operasi membersihkan kawasan itu daripada menjadi tempat kucing jalanan mengambil masa selama tiga hari.
Menerusi satu lagi hantaran video berasingan, kucing-kucing jalanan itu dikatakan diambil dan dibawa ke tempat khas yang selamat.
“Memang betul ada tempat sementara untuk mereka (kucing), tapi sanggupkah kita tengok diorang macam ini. Keadilan diorang mana? Macam mana nasib kucing-kucing ini semua,” katanya.
Memindai ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial turut merasa sebak melihat nasib kucing-kucing jalanan itu yang diambil daripada kawasan pasar tersebut.
Tidak hanya itu, ramai yang mempersoal dan ingin tahu bagaimana nasib haiwan itu serta di manakah kawasan perlindungan yang ditempatkan pada ketika ini.
Malah ada juga netizen yang meminta penjelasan daripada pihak berkuasa berhubung perkara tersebut selain mencadangkan agar kerajaan harus mencontohi negara Turkiye yang memandulkan kucing jalanan agar tidak terus membiak lebih banyak.
Menurut usahawan terkenal itu, dia sudah putus asa dan mahu memberikan peluang kepada artis-artis baharu…
Topik ini mula timbul selepas video seorang influencer TikTok bertanya kepada beberapa individu apakah definisi…
Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke…
Menerusi video tersebut, kelihatan penunggang motosikal terbabit memukul cermin sisi kereta Ativa berkenaan dan menyebabkan…
Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan ibu pemuda berkenaan dilihat sedang memilih bunga perhiasan serta…
Menurut Aisyah ayahnya sakit sejak tahun 2021 kerana sakit saraf manakala si ibu pula sakit…