Malaysia Negara Ke-3 Di Asia Tenggara Paling Ramai Orang ‘Single’

Pada November 2023 yang lalu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahin Tuan Man menjadi perhatian ramai selepas beliau mencadangkan kerajaan agar memberikan sokongan moral kepada golongan lelaki untuk berpoligami.

Saranan yang mencetuskan perdebatan hebat dalam kalangan ahli parlimen dan rakyat ini difahamkan timbul berikutan peningkatan golongan bujang tua atau andartu (anak dara tua) di negara ini.

Jelas Tuan Ibrahim, Laporan Bancian Penduduk 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia menyatakan lebih 5.5 juta lelaki dan wanita berusia lebih 30 tahun mengambil keputusan untuk tidak berkahwin ataupun belum berkahwin.

Antara faktor tertinggi yang menjadi punca adalah:

  • Kewangan 56%
  • Tiada calon sesuai 18.4%
  • Kerjaya 9%

Malaysia ke-3 tertinggi di Asia Tenggara paling ramai individu ‘single’

Terbaharu, SeaAsia Stats melaporkan Malaysia berada di tangga ke-3 dalam senarai negara di Asia Tenggara paling banyak mempunyai individu ‘single’ iaitu sebanyak 44.68%.

Menurut laman tersebut, ‘single’ yang dimaksudkan merangkumi golongan:

  • Bujang
  • Sudah bercerai
  • Tinggal berasingan
  • Balu

Menerusi carta yang dikongsikan di laman Facebook, Filipina berada di tempat pertama dengan 49% dari populasi di negara itu berstatus single diikuti Brunei (44.9%).

Kemboja, Myanmar dan Thailand masing-masing berada di tempat keempat hingga keenam dengan 44.6%, 29% serta 23% diikuti Indonesia (22%), Singapura (20%), Laos (17%) manakala dua negara dengan individu single terendah adalah Vietnam (16%) dan Timor-Leste (13%).

Difahamkan data tersebut diambil dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sudah merekodkan lebih 1.6 billion individu ‘single’ dari tahun 1970 hingga 2021.

Recent Posts

  • Trending

Lelaki Tumpangkan Wanita & Anak Selepas Lihat Si Suami Tolak Motor Di Lebuh Raya Raih Pujian [Video]

Menurut Zufar, dia terlihat wanita dan anaknya itu sedang berjalan kaki manakala suami wanita berkenaan…

12 mins ago
  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

50 mins ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

1 hour ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

2 hours ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

2 hours ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

2 hours ago