“Maafkan Mummy”- Ibu Sedih, Dakwa 20 Batang Gigi Anak Terpaksa Dicabut Kerana Botol & Susu Formula [Video]

Masalah gigi rosak dikalangan kanak-kanak sering kali didengari. Malah terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gigi kanak-kanak atau bayi rosak.

Antaranya adalah makan makanan manis, gigi tidak diperiksa secara berkala, tidak mengamalkan penjagaan gigi, botol, susu dan banyak lagi.

Ini kerana penggunaan botol dan susu yang mengandungi kandungan gula boleh menyebabkan gigi anak reput. Perkara ini berlaku kerana bakteria akan bergerak balas dengan gula dan kemudian mengeluarkan asid yang boleh menyebabkan gigi kanak-kanak rosak.

Oleh itu, kebanyakan doktor menyarankana agar kanak-kanak atau bayi untuk minum susu menggunakan cawan apabila sudah mencecah usia 12 hingga 14 tahun.


Wanita kongsi gigi anak terpaksa dicabut sebanyak 20 batang

Baru-baru ini, seorang wanita telah meluahkan rasa sedihnya apabila sebanyak 20 batang gigi susu anak perempuannya terpaksa dicabut selepas kanak-kanak itu mengalami sakit di mulut.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @Tomyamfloat di TikTok, perkara itu dikongsinya agar boleh dijadikan pengajaran kepada diri sendiri dan juga ibu bapa di luar sana.

Dalam video itu, ibu kepada kanak-kanak dikenali sebagai Chempaka Aulia turut menunjukkan keadaan kanak-kanak tersebut sebelum masuk ke dewan bedah untuk mencabut gigi.

“Masa ni hanya Allah SWT je tahu, macam mana perasaan tu bila jururawat dah panggil untuk bersiap ganti baju ke bilik bedah. Chempaka dah mula nangis waktu ni merayu cakap ‘mummy jangan tinggalkan Chempaka tau’.

“Allah, tak akan sesaat mummy sanggup tinggalkan anak mummy ni,” ujarnya. Dia kemudian menunjukkan detik semasa si kecil ditolak untuk ke dewan bedah dengan linangan air mata.

Ibu mohon maaf, dan cuba berbual untuk hilangkan ketakutan anak

Si ibu turut memohon maaf kepada anaknya dan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT untuk dipermudahkan. Meskipun berasa bimbang namun wanita itu cuba menyorokkannya dengan mengajak Chempaka untuk berbual.

Kanak-kanak itu kelihatan sedikit tenang sebelum proses pembedahan dimulakan.

“Bila jururawat jerit ‘ibu Chempaka’, dua jam lebih penantian macam nampak anugerah.”

Sebaik Chempaka sedar daripada pembedahan, si kecil itu meminta air. Malah juga turut meminta kek apabila sudah sedikit sihat.


Gigi perlu dicabut kerana botol dan susu formula mengandungi gula yang tinggi

Menurut ibu, punca gigi anaknya itu perlu dicabut adalah kerana botol dan susu formula yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Ekoran itu, doktor menyarankan agar si kecil hanya meminum susu segar.

“Ini perkongsian saya apa yang berlaku. Tak semestinya tak baik untuk anak saya, tak baik untuk anak orang lain. Begitulah sebaliknya.

“Mak ayah jangan pandang remeh bila anak dah mula sakit gigi. Bila dah kena buang 20 batang gigi. Siapa yang salah? Mestilah mak ayah.

“Mak-mak kena kuat dan pantau pemakanan anak ya,” ingat si ibu.

@airbalangfloatno1pontian

DENTAL SURGERY; amik pengajaran utk diri sendiri dan mak ayah kt luar sana.Punca dari botol susu dn susu formula yg sedia maklum kandungan gula yg tinggi. Doc sugest fresh milk je. Ini perkongsian saya apa yg berlaku ok. Tak semestinya xbaik utk ank saya,tak baik utk ank org lain.begitulah sebaliknya Mak ayah jgn pandang remeh bila anak dh start sakit gigi. Bila dh kena buang 20 btg gigi. Sape yg salah,mesti la mak ayah. Mak-mak kena kuat dn pantau pemakanan anak ye. Alhamdulillah semua berjalan lancar. 2jam lebih pembedahahan. Pengajaran utk diri sendiri. #cabutgigi #gigirosaksebabsusu #fyp

♬ bunyi asal – meknaa_lyrics – meknaa_lyrics

Ramai berdepan masalah sama

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pernah atau sedang berdepan dengan masalah sama.

Tidak kurang juga ada yang bertanya bilakah gigi si anak akan tumbuh selepas dicabut.

Ada juga mengingatkan ibu bapa untuk jangan kerap memberikan makanan manis seperti gula-gula, jajan atau coklat kepada anak-anak.

“Dental clearance, susu apa tak penting. Yang penting kena bersihkan gigi lepas minum susu. Jangan bagi anak tidur dengan botol susu”

“Saya ni bukan main jaga gigi anak takut rosak. Bawa pergi sapu floride, gosok tiap hari. Bapak, atok dan nenek sedap je bagi gula-gula”

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

‘The Experts’ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

53 mins ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

5 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

5 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

5 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

6 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

6 hours ago