Lelaki Miliki Proton X70 Premium Daripada Hasil Mengemis, Berbekal Modal ‘Muka Simpati’

Siapa sangka, dengan berbekalkan modal ‘muka simpati’, seorang lelaki berjaya meraih pendapatan mewah dengan hanya meminta sedekah kepada orang awam.

Lebih mengejutkan lagi, pengemis yang kelihatan seperti orang susah itu rupanya memiliki Proton X70 Premium.

Kegiatan mula terbongkar semasa JKM Maran jalankan satu operasi banteras pengemis

Kegiatan lelaki itu mula terbongkar selepas operasi membanteras aktiviti pengemis yang dijalankan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Maran di pasar malam Sri Jaya, Maran, Pahang pada Rabu lalu (21 Februari).

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi JKM Maran, agensi itu mulanya mengesan seorang lelaki tempatan berpakaian jubah dan kopiah di pasar malam terbabit yang sedang menjalankan aktiviti mengemis.

“Dari jauh kelihatan seorang lelaki berdiri di celah payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas, meminta simpati orang ramai yang lalu lalang.

“Kedua-dua tangan lelaki terbabit kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal. Pegawai penguat kuasa JKM Maran menghampiri lelaki itu dan bertanyakan tujuannya meminta sedekah, namun pertanyaan tidak dijawab,” katanya.

Kepingan wang kertas dalam beg dipercayai hasil mengemis

Menurutnya, lelaki itu juga kelihatan seperti individu pekak dan bisu dengan pemeriksaan dilakukan mendapati terdapat kepingan wang kertas di dalam begnya, dipercayai hasil sedekah pengunjung pasar malam itu.

“Berkali-kali pihak JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi tetapi tidak mendapat respons daripada lelaki itu.

“Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara. Normal rupanya. Dia bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU Fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal),” katanya lagi.

Tinggal kad pengenalan dalam kereta, rupanya pengemis pandu kenderaan mewah

Menurutnya lagi, pihak Penguatkuasa JKM telah mengekori pengemis tersebut ke kenderaannya selepas lelaki itu mengatakan kad pengenalannya berada di dalam kereta.

Apa yang mengejutkan, JKM Maran berkata lelaki terbabit yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan diri rupanya memiliki kenderaan mewah X70 yang harganya mencecah lebih RM100,000 – sebuah kenderaan yang pastinya tidak mampu dimiliki ramai.

Siasatan lanjut yang dijalankan juga mendapati lelaki itu tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk menjalankan akitiviti meminta sedekah.

“Semakan juga mendapati dia menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450.00 sebulan sejak tahun 2001 lagi. Dia juga mengaku bahawa kereta Proton X70 Premium tersebut adalah miliknya.

“Menurutnya lagi, hasil kutipan daripada aktiviti mengemisnya boleh mencecah sehingga RM 500.00 bagi tempoh 4-5 jam berada di pasar-pasar malam,” ujarnya.

Pihak penguatkuasa JKM kemudiannya melepaskan lelaki itu dengan memberi amaran selepas hasil semakan mendapati ini merupakan kesalahan kali pertamanya di daerah itu.

Berkongsi lanjut, pihak penguatkuasan agensi itu juga meminta lelaki berkenaan menandatangi surat akujanji jaminan tidak akan mengemis seperti yang termaktub dalam Perintah Tetap Operasi.

“Tidah salah untuk bersedekah, tetapi bersedekahlah kepada orang dan tempat yang betul,” kata JKM Maran.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Pusat Hiburan Di KL Terbakar Dibaling ‘Molotov Cocktail’, Polis Buka Kertas Siasatan

Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…

16 mins ago
  • Trending

Anas Tahir Kongsi Kisah Pemuda ‘Dicekak’ Leher Hanya Kerana Mahu Rapatkan Saf

Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…

29 mins ago
  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

17 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

17 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

18 hours ago