Pahala Terputus Jika Barangan Infak Ke Masjid Tidak Lagi Digunakan – UAI [Video]

Islam sememangnya menggalakkan umatnya untuk sentiasa berkongsi rezeki yang dimiliki dengan cara bersedekah, menginfak dan membayar zakat.

Selain wang, memberi barangan baru atau terpakai seperti pakaian, perabot dan sebagainya juga dikira bersedekah.

Bagi yang berkemampuan pula, pasti akan menginfak peralatan seperti sejadah, al-Quran atau karpet untuk diberikan kepada masjid sekali gus akan meraih ganjaran pahala selagi mana ia digunakan oleh para jemaah.

Pahala akan putus lepas barangan infak tak lagi digunakan oleh masjid

Bagaimanapun, pendakwah selebriti Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menjelaskan bahawa pahala yang diterima itu akan terhenti selepas barangan yang diinfakkan itu tidak lagi digunakan.

UAI menjelaskan perkara itu ketika sesi soal jawab agama di Masjid Al-Firdaus, Segambut, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu (24 Februari) selepas diajukan soalan sama ada pahala akan terputus atau tidak sekiranya barangan yang diinfakkan ke masjid sebagai contoh karpet tidak lagi digunakan.

Ada tiga pahala yang akan diperoleh individu yang infak barangan untuk masjid

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @sewakedaimydin, UAI berkata bagaimanapun terdapat tiga pahala yang akan diterima bagi individu yang menginfak sesuatu barangan ke rumah Allah SWT.

“Pahala pertama sebelum beli, dia berniat hendak beli karpet untuk masjid. Siapa berniat untuk buat kebaikan dapat satu pahala.

“Kemudian dia beli, bila beli dapat pahala kedua iaitu sepuluh kali ganda pula. Hari itu niat dapat satu pahala, hari ini beli dapat sepuluh kali ganda pahala,” katanya.

Menurutnya, pahala ketiga yang akan diperolehi individu terbabit adalah ketika karpet berkenaan dipasang di masjid dan digunakan oleh para jemaah.

“Setiap kali orang sentuh (karpet) akan dituliskan pahala. Lepas dua tahun, orang angkat karpet dan simpan dalam stor, tak dapat dah (pahala) kerana putus dah (pahala).”

Ustaz Azhar Idrus

Pahala pertama iaitu niat dah cukup untuk jadi orang kaya di akhirat

Namun, UAI berkata pahala pertama yang diterima oleh individu berkenaan semasa dia berniat untuk menginfak karpet sudah cukup untuk menjadikannya seorang yang ‘kaya’ di akhirat kelak.

“Satu pahala pertama, dia dah jadi VVIP dah di hari kiamat nanti. Kerana apa? Kerana orang yang paling miskin dalam syurga akan dapat tanah seluas Syria sampai Yaman.

“Lima ribu kilo (kilometer) dalam syurga. Istana daripada emas dan bidadari 70 puluh orang. Nabi Muhammad SAW kata itu yang paling miskin,” ujar UAI.

Recent Posts

  • Trending

Kabinet Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Bahan Api Diesel – PMX

Tambah Anwar lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan…

3 hours ago
  • Trending

1 Maut & 30 Cedera, Penerbangan Singapore Airlines Alami Gelora Udara

Penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terbang dari London ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Bangkok.

6 hours ago
  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

8 hours ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

8 hours ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

9 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

9 hours ago