“Setiap Bulan Rugi Lebih Kurang RM30k” – Restoran Ustazah Asma Harun Terpaksa Ditutup [Video]

Kita pasti pernah terfikir untuk menjalankan perniagaan selepas melihat di media sosial video-video usahawan yang berjaya dan kaya raya.

Hakikatnya, menjalankan sesuatu perniagaan bukanlah mudah seperti apa yang difikirkan. Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani sekiranya ingin berjaya.

Jika tidak mampu hadapi cabaran-cabaran dalam perniagaan, sudah pasti akan menghadapi masalah kerugian dan paling menakutkan, terpaksa ‘gulung tikar’.

Tular Ustazah Asma ingin tutup restoran, buka peluang kepada yang ingin beli

Seperti baru-baru ini, pendakwah wanita terkenal, Ustazah Asma’ Harun mengumumkan bakal menutup restoran miliknya iaitu Momen Kafe di Seremban, Negeri Sembilan selepas setahun beroperasi.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ar_rayyanchannel, Ustazah Asma berkata, susulan itu beliau membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk membeli kafe terbabit berserta perabot-perabot di dalamnya.

“Sesiapa yang berminat untuk membeli Restoran Momen, sila hubungi Ustazah Asma Harun dengan segera. Tolong share kepada sahabat-sahabat yang lain,” tulis di ruangan kapsyen.

Momen Kafe terpaksa tutup kerana tidak mampu tanggung kerugian setiap bulan

Sementara itu, jelas Ustazah Asma, beliau terpaksa menghentikan perniagaan terbabit kerana tidak mampu lagi untuk menanggung kos kerugian pada setiap bulan.

Ujar beliau, sepanjang setahun Restoren Momen itu beroperasi, anggaran jumlah kerugian yang ditanggung olehnya telah mencecah kira-kira RM350,000.

“Kami tidak lagi mampu menanggung kerugian setiap bulan, setiap bulan kita negatif (rugi) lebih kurang RM30,000.

“Setahun kita bertahan, negatif RM30,000 itu telah terhimpun dalam RM350,000,” katanya.

Menurutnya, jumlah kerugian yang dialami adalah kerana keuntungan yang sedikit berbanding kos perbelanjaan bulanan seperti membayar gaji pekerja, membayar sewa kedai dan lain-lain.

Terpaksa pinjam dan keluarkan wang simpanan untuk tampung kerugian

Jelasnya lagi, beliau terpaksa meminjam, mengeluarkan wang simpanan dan menjual barangan peribadi seperti barang kemas untuk menampung kerugian.

“Kita nak naikkan harga kita tak sanggup, padahalnya kos operasi untuk restoran lagi ada ‘seafood’ sangat tinggi. Harga barang sebenarnya sangat mahal sekarang, semua mahal,” katanya lagi.

Ustazah Asma pada masa yang sama juga tidak menolak kemungkinan kesuntukkan masa kerana urusan-urusan kerja menjadi sebab beliau tidak dapat fokus dalam perniagaan.

@ar_rayyanchannel

Sesiapa yang berminat untuk membeli Restoran Momen, sila hubungi Ustazah Asma Harun dengan segera..Tolong share kepada sahabat-sahabat yang lain #ustazahasmaharun

♬ شبل الإسلام – شبل الإسلام

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

11 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago