Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia pasti mengenali lagenda rock negara, Datuk Ahmad Azhar bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie.
Selain dikurniakan bakat nyanyian, Awie juga cukup dikenali dalam dunia lakonan dengan watak sebagai Husin yang dibawanya dalam filem-filem arahan Allahyarham Mamat Khalid seperti ‘Zombi Kampung Pisang’ dan ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’.
Walaupun beliau begitu sinonim dengan lakonan-lakonan lawak dan perwatakan dirinya yang santai, tetapi terselit cerita sedih di sebalik kehidupannya yang tidak pernah diketahui ramai.
Penyanyi lagu ‘Sejati’ itu pada baru-baru ini menerusi satu temubual bersama sebuah stesen radio tempatan Kool 101 telah mendedahkan dirinya pernah menghidapi kanser pada tiga tahun yang lalu.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @kool101my, Awie menjelaskan bahawa ketubuhan yang ada di buah pinggangnya telah berjaya dipotong dan dikeluarkan selepas ia dikesan awal.
“Saya ada masalah ketumbuhan di kidney (buah pinggang) dan doktor sahkan itu kanser. Tapi alhamdulilah dapat potong dan buang, dikesan awal,” jelasnya.
Menceritakan kembali saat pertama kali mengetahui tentang perkara itu, plantun lagu ‘Sejati’ itu memaklumkan dunianya umpama gelap seketika selepas dimaklumkan oleh doktor bahawa salah satu buah pinggangnya terpaksa dibuang.
“Masa nak beritahu saya, doktor macam tergagap-gagap dan dia cakap ini sangat mencurigakan. Ketika itu, saya rasa seperti darah naik ke muka dan mungkin masa saya sudah nak habis,” katanya lagi.
Pada ketika itu, Awie berkata doktor menyarankan agar buah pingganggnya dibuang, tetapi dia menolak kerana ingin meminta pandangan kedua.
“Saya termenung lama dan minta doktor beri saya peluang untuk fikirkan ikhtiar lain. Doktor mengesyorkan saya bertemu seorang doktor pakar di sebuah hospital.
“Selepas berjumpa doktor berkenaan, ujian imbasan menunjukkan memang 95% kanser. Akhirnya, saya setuju buat pembedahan buang tumor bila puas dipujuk isteri, itu pun selepas empat bulan dapat rawatan.
“Doktor terpaksa tebuk tiga lubang dan masukkan kamera kerana tumor ini susah nak nampak sebab pada bahagian dalam. Akhirnya tumor bersaiz 2.7 sentimeter berjaya dikeluarkan,” ujarnya.
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terkejut dengan pendedahan Awie yang selama ini berahsia tentang masalah kesihatannya.
Kebanyakan netizen juga menitipkan doa agar penyanyi rock itu sentiasa diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…