Tak kisahlah kerja di mana-mana sekalipun, setiap pekerja akan diperuntukkan cuti bagi menjaga kebajikan mereka.
Mengikut undang-undang pekerjaan di Malaysia, terdapat enam jenis cuti yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja.
Enam cuti yang WAJIB diberikan itu adalah:
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @jpagov), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan bahawa cuti bukanlah hak pekerja dan ia adalah satu kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam.
Dalam visual dimuat naik bersama ciapan itu, JPA memaklumkan terdapat perbezaan antara cuti tahunan, cuti sakit dan kebenaran tidak hadir kerja atas sebab-sebab kecemasan am.
Menurut JPA, kadar kelayakan Cuti Rehat adalah 20, 25, 30 atau 35 hari setahun tertakluk kepada peraturan berkuat kuasa.
Namun, jumlah yang diberikan ini tidak termasuk kategori berikut:
Manakal Cuti Rehat boleh diambil pada bila-bila masa dalam tahun berkenaan dengan kelulusan Ketua Jabatan.
Sekiranya tempoh cuti tersebut (Cuti Rehat) masih tidak dihabiskan pada tahun pertama, ia boleh dibawa (carryforward) hingga ke tahun ke-3.
Perkara ini boleh dirujuk kepada pekeliling Perintah Am 7 hingga 11 Bab C (Cuti) dan MyPPSM SR.5.1.1 bagi mengetahui lebih lanjut mengenai cuti rehat tahunan.
Kenyataan JPA berhubung cuti tahunan untuk para pekerja itu menerima pelbagai reaksi dari netizen.
Namun, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dengan perkara tersebut kerana berpendapat cuti adalah hak untuk semua pekerja.
Tambah netizen lagi, pekerja yang tidak diberikan cuti dikatakan seolah-olah seperti ‘hamba’.
“Semua orang berhak untuk cuti dan rehat. Manusia bukan hamba. Lagipun rehat penting untuk pekerja sihat dan produktif”, tegas netizen.
Sementara itu, segelintir netizen mempersoalkan sama ada cuti yang termaktub dalam Akta Kerja 1995 terpakai atau tidak kepada penjawat awam.
Pada masa yang sama, ada juga netizen yang mencadangkan agar pihak JPA memperkenalkan cuti separuh hari bagi memudahkan penjawat awam.
Meskipun ada yang bersetuju yang cuti sebenarnya adalah satu keistimewaan dan bukan hak namun mereka berpendapat ia haruslah disampaikan dengan cara yang baik dan tidak menggunakan tajuk yang mengelirukan.
Tidak kurang juga segelintir yang mengatakan terma ‘cuti bukan hak’ tersebut sebenarnya sudah biasa didengari penjawat awam dan mereka sendiri tidak kisah tentangnya kerana faham maksud yang cuba disampaikan.
Sebelum ini, seorang jurulatih kerja dikenali sebagai Farid Affy telah berkongsi cara-cara untuk membuat laporan sekiranya majikan melanggar terma dan syarat bagi pekerja swasta yang ingin memohon cuti.
Laporan boleh dibuat oleh pekerja kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melalui kaedah-kaedah berikut:
Borang aduan boleh didapati melalui laman web JTK.
Bagi mengukuhkan lagi laporan, pekerja boleh melampirkan dokumen seperti surat tawaran pekerjaan, kontrak pekerjaan dan slip gaji.
Laporan juga boleh dilakukan secara berkumpulan dengan menyertakan nama, kad pengenalan dan warganegara pengadu-pengadu lain.
Aduan yang dilakukan kepada JTK bukan sahaja jika pihak majikan tidak memberi korang cuti yang sepatutnya, tetapi juga bagi masalah lain seperti tidak membayar gaji dan tidak memberi pampasan berkaitan.
Baca Artikel Berkaitan: Majikan Langgar Terma & Syarat Atau Tak Bagi Cuti Sepatutnya? Ini Cara Untuk Report!
Baca Artikel Berkaitan: Apa Perlu Buat Kalau Terima MC Ketika Sedang Cuti Tahunan?
Baca Artikel Berkaitan: Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 Bermula 1 Januari 2023. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…