fbpx
Now Reading
Tular Gerai Burger Terbalik Ditiup Angin Kencang, Ramai Titip Doa Buat Peniaga Ini [Video]

Tular Gerai Burger Terbalik Ditiup Angin Kencang, Ramai Titip Doa Buat Peniaga Ini [Video]

Musibah tersebut menyebabkan gerai burger yang terletak di Sungai Ara, Pulau Pinang itu terpaksa menamatkan perniagaan lebih awal daripada waktu sepatutnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, cuaca tidak menentu di seluruh Malaysia, kadang kala terlalu panas dan ada kalanya hujan lebat serta ribut.

Sebagai peniaga yang membuka gerai di kawasan terbuka seperti kaki lima mahupun tepi jalan raya, ketidaktentuan cuaca merupakan antara cabaran yang harus dihadapi oleh mereka.

Gerai burger terbalik ditiup angin kencang di Pulau Pinang

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukkan sebuah gerai burger terbalik selepas ditiup angin kencang berikutan hujan lebat.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @burgerjalansungaiara, musibah tersebut menyebabkan gerai burger yang terletak di Sungai Ara, Pulau Pinang itu terpaksa menamatkan perniagaan lebih awal daripada waktu sepatutnya.

“Kepada semua pelanggan gerai Golden Triangle, kami minta maaf terpaksa tutup awal sebab yang tak dapat dielakkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan roti-roti burger dan beberapa perkakas lain yang digunakan untuk memasak makanan tersebut bertaburan di atas jalan selepas gerai berkenaan terbalik.

Peniaga dan pekerja tetap tersenyum, reda dengan ujian Allah SWT

Lebih menyayat hati, para pekerja gerai berkenaan kelihatan seperti reda dengan ujian itu apabila tetap tersenyum meskipun baru sahaja ditimpa musibah terbabit.

Selepas kejadian, mereka mengangkat semula gerai yang terbalik itu dan beberapa barangan lain yang bertaburan di atas jalan raya.

@burgerjalanansungaiara

Kepada semua customer stall Golden Triangle , kami minta maaf terpaksa tutup awal atas sebab yang tak dapat dielakkan. Esok kami buka seperti biasa 6.00 PM – 2.00 AM . Terima kasih support ❤️ #abmonster #penangfood #penangfoodie #MYfoodie #burgerpenang #makanlokal #burgerviral #makanviral #penang #foodietiktok #myfoodie

♬ Lagu Sedih Menyentuh – Sihon oye

Netizen bersimpati dan titip doa

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati dengan nasib yang menimpa peniaga itu.

Tidak hanya itu, ramai netizen juga menitipkan doa agar urusan peniaga burger berkenaan dimudahkan dan diberi rezeki berlipat kali ganda daripada kerugian yang dialaminya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.