Seakan sudah menjadi suatu tradisi atau adat untuk majlis-majlis perkahwinan di Malaysia mengadakan sesi karaoke yang dinyanyikan oleh tetamu atau pihak keluarga pengantin.
Kebanyakan sesi karaoke yang diadakan ini hanyalah untuk menghiburkan tetamu sahaja tanpa mengambil kira sama ada yang menyanyikan itu memiliki suara sedap atau tidak.
Namun lain pula dengan kisah di sebuah majlis kahwin ini apabila rata-rata tetamu yang hadir seakan terpukau selepas mendengar suara seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berkaraoke.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @solidurespect, kelihatan kanak-kanak lelaki itu mendendangkan lagu berjudul ‘Bukan Niatku’ daripada kumpulan Iklim.
Semasa kanak-kanak itu melantunkan suaranya, kelihatan para tetamu yang ada berdekatan dengan terus tergamam dan seakan tidak mempercayainya.
Malah mereka dengan segera mengeluarkan telefon bimbit masing-masing untuk merakam nyanyian kanak-kanak itu.
Tumpuan yang pada mulanya diberikan sepenuhnya kepada pasangan raja sehari di majlis tersebut dengan sekelip mata berubah kepada kanak-kanak itu.
“Menangis abang dengar suara kau dik, mantap. Pakai earphone untuk dengar bunyi yang (lebih) baik,” tulis pemilik akaun di dalam video.
Difahamkan, kanak-kanak yang dikenali sebagai Akhil Al Mikail itu sememangnya aktif dalam bidang nyanyian dan sering memuat naik video ke akaun TikTok miliknya.
Adik Akhil yang kini berusia 11 tahun itu dilihat sering menyertai busking dan pertandingan nyanyian. Dia memiliki suara serak basah yang sesuai untuk mendendangkan lagu-lagu rock 90-an dan 80-an.
Setakat artikel ini ditulis, jumlah pengikutnya di TikTok @akhil_almikhail sudah hampir mencecah 200,000.
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial juga turut memuji kehebatan suara adik Akhil yang dianggap sebagai serak basah atau husky.
Malah ada juga netizen yang kagum dengan kesedapan suara kanak-kanak itu sehingga ingin menjemput ke majlis perkahwinan mereka pula kelak.
Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…
Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.
Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…
Perbuatan melutut juga bercanggah dengan tuntutan syarak supaya memberi kemaafan dengan berlapang dada.
Menurut Nur, keputusan itu dibuat setelah anak sulungnya yang berusia 12 tahun mendedahkan perbuatan keji…
Bagi pokok awam yang dijaga oleh DBKL, pihak mereka akan melakukan pemantauan berkala jika berlaku…