“Baik Sedekah Di Masjid” – Peniaga Bazar Buang Lebihan Air Balang Tak Terjual Raih Perhatian [Video]

Bulan Ramadan merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu buat peniaga F&B kerana itulah masa untuk mereka menggandakan pendapatan dengan menjual juadah berbuka puasa kepada orang ramai.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan ada waktu di mana perniagaan berjalan lancar dengan kehadiran pengunjung yang tidak berkesudahan. Tetapi ada juga masa hasil jualan tidak seperti yang diharapkan kerana kekurangan pelanggan.

Oleh disebabkan itu, banyak makanan dan minuman terpaksa dibuang sekaligus membawa kepada pembaziran.

Banyak Minuman Air Balang Tidak Terjual

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@studiokayangan), menyaksikan realiti sebenar dilalui oleh sesetengah peniaga bazar selepas selesai berniaga sekitar Putrajaya.

Menerusi klip video tersebut, kelihatan beberapa peniaga air balang sedang membuang minuman lebihan yang tidak terjual ke dalam tong besar berwarna hitam.

Memang banyak betul ya sisa minuman. Malah, ada juga balang yang kelihatan penuh seperti tidak terusik sama sekali.

Air minuman yang telah dikumpulkan dalam tong pula kemudian disedut oleh lori Alam Flora bagi memastikan segala sisa-sisa minuman dibersihkan.

@studiokayangan Agk2 berapa byk jualan kt bazar yg tak habis, dibuang?? #kitarsemula #festivalramadanputrajaya2024 #pembersihanbazar #alamflora ♬ Ramadan – Lux-Inspira

Bagaimanapun, perkongsian ini telah mengundang perhatian ramai selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter @bckuppacc99), di mana sesetengah netizen mempersoalkan mengapa peniaga tidak sedekahkan lebihan kepada masyarakat setempat.

Sumber: X

“Kenapa Tak Sedekah?”

Kenyataan itu disokong sesetengah netizen yang menyifatkan ia satu bentuk pembaziran dan lebih baik disedekahkan kepada para jemaah di masjid atau pengunjung bazar yang lain.

Sumber: X

Namun begitu, beberapa peniaga bazar berkata segala pemberian sedekah kepada orang ramai akan mengambil kira kos pembungkusan seperti plastik atau cawan plastik.

“Segala kos gelas atau plastik diambil kira. Jadi nak bungkus dan bagi tu juga perlukan kos, saya tak kisah kalau ada orang datang dan bawa gelas atau plastik sendiri, sangat dialu-alukan,” jelas seorang lelaki.

Sumber: X

“Pastikan Sedekah Makanan Fresh Ke Masjid”

Sementara itu, ramai juga yang tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak yang meminta minuman tidak terjual disedekahkan kepada pengunjung masjid.

Jelas mereka, adalah lebih baik untuk mendermakan makanan dan minuman yang segar serta berkualiti kepada orang ramai.

“Pastikan sedekah makanan fresh dan baru. Masjid bukan tempat longgokan makanan jualan tak habis yang hampir basi,” ulas seorang warganet.

Sumber: X

Air Dibuang Demi Elakkan Kualiti Minuman Tidak Elok

Dalam pada itu, ramai juga di kalangan pengguna laman X merasakan tindakan yang diambil oleh peniaga bazar adalah betul dan selamat dalam memastikan aspek penjagaan kualiti minuman.

Pengambilan minuman yang tidak berkualiti tersebut pula sekaligus mendorong kepada risiko membahayakan kesihatan perut.

“Bila dah tak habis (juadah), kadang-kadang kualiti makanan atau air tidak sebagus yang baru buat. Risiko untuk rosak sangat tinggi dan daripada bahayakan perut orang yang nak berpuasa lebih baik dibuang, ia adalah food safety,” tegas seorang netizen.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Mahu Boikot Bazar Ramadan, Pertikai Harga Makin Mahal & Tak Jaga Kualiti

Baca Artikel Berkaitan: Ramadan 2024: Para Peniaga, Ini Pesanan Ringkas Buat Anda Semua

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 ‘Pro Tip’ Untuk Anda Berkunjung Ke Bazar Ramadan. Cubalah!

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

7 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

7 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

8 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

8 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

9 hours ago