fbpx
Now Reading
“Gempak Edit A+” – Wajah Khairul Aming ‘Dikoyak’ Dalam Video Baru Sofyank Buat Ramai Terhibur [Video]

“Gempak Edit A+” – Wajah Khairul Aming ‘Dikoyak’ Dalam Video Baru Sofyank Buat Ramai Terhibur [Video]

Video VFX Sofyank mencuri perhatian ramai kerana ideanya yang kreatif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau sebut nama Sofyank, sudah pasti anda akan mengenali lelaki ini kerana bakatnya yang luar biasa dalam bidang suntingan visual dengan grafik.

Influencer dan artis VFX Malaysia tersebut juga sering kali membuat ramai terkejut dan tergamam dengan hasil karya seni serta suntingan video yang kreatif.

Seperti sebelum ini, Sofyank berpeluang menghasilkan satu karya mengagumkan dengan berkolaborasi bersama dua artis antarabangsa iaitu Chris Hemsworth dan Sam Hargrave dalam mempromosikan filem Extraction 2.

Baca Artikel Berkaitan: Sofyank Hasilkan Video Bersama Chris Hemsworth & Sam Hargrave, Promosikan Filem Extraction 2 Di Netflix


Sofyank Tampilkan Khairul Aming Dalam Video VFX

Sofyank sekali lagi menampilkan video kreatif VFX tetapi kali ini berkonsepkan bulan Ramadan dan kemunculan influencer lain dalam karyanya.

Seperti yang anda semua tahu, content creator Khairul Aming terkenal dengan segmen 30 Hari 30 Resepi, dan kebiasaannya bahan yang digunakan dalam masakan akan habis terjual di pasaran.

Sehinggakan ramai yang terpaksa keluar awal bagi mendapatkan bahan tersebut sejurus Khairul Aming memuat naik perkongsian resepinya di media sosial.

Menggunakan ‘angle’ tersebut, Soyfank telah menghasilkan satu iklan promosi untuk jenama minuman Yeos.

Sumber: X (Twitter @sofyank96)

Suntingan Video Sofyank Untuk Dapatkan Minuman Yeos Macam Magik!

Pada asalnya, video di skrin memaparkan babak Khairul Aming sedang menyediakan minuman berbuka puasa.

Namun bagi mendapatkan air manis tersebut, Sofyank secara tiba-tiba mengambil sebuah kadbod hitam dan ‘mengoyakkan’ babak yang menyaksikan muka Khairul Aming itu. Seolah-olah ia adalah sebuah poster, memang cool!

Dia kemudian kelihatan sedih apabila mendapati minuman Yeos sudah habis terjual di pasar raya. Tetapi bukanlah Sofyank tanpa sebarang kejutan.

Selepas itu, seorang lelaki yang berada dalam poster Yeos secara mengejut muncul dalam dunia nyata dan menghulurkan kotak minuman kepada Sofyank. Macam magik pun ada.


Ramai Kagum Dengan Bakat Sofyank

Menjengah ke ruangan balas ciapan di laman X, rata-rata netizen dilihat kagum dengan bakat dan kebolehan Sofyank dalam menghasilkan video sebegitu rupa.

Ramai juga di kalangan warganet dilihat terhibur dengan aksi Sofyank yang ‘mengoyakkan’ muka Khairul Aming dengan bersahaja dalam video tersebut.

Sumber: X

Sofyank Pernah Dinobatkan Sebagai Juara Pertandingan Di Amerika Syarikat

Pada bulan April tahun lalu, Sofyank telah dinobatkan sebagai juara bagi sebuah pertandingan ‘Ultimate VFX Challenge’ di Los Angeles, Amerika Syarikat yang dianjurkan oleh content creator, Zach King.

Dalam pertandingan tersebut, para peserta telah diberikan tugasan untuk menghasilkan video ‘magik’ dalam tempoh 72 jam.

Sumber: Instagram (@sofyank96)

Siapa sangka anak muda berusia 28 tahun yang menjadi satu-satunya wakil Malaysia berjaya menjadi juara dalam pertandingan tersebut mengalahkan peserta lain dari pelbagai negara.

Kejayaan itu turut membanggakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau memberikan ucapan tahniah kepada Sofyank.

Baca Artikel Berkaitan: Anwar Congratulates Kelantan Chap ‘Sofyank’ Who Struck Gold In The US

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Terus Rasa Sebak” – Soyfank Hasilkan Video VFX Untuk Sebarkan Isu Palestin Dipuji Warganet

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.