Wanita Kecewa Peniaga Bazar Ramadan Jual Kuih Berkulat [Video]
Menurut wanita berkenaan sewaktu membeli kuih lompat tikam berkenaan dia tidak sempat untuk memeriksanya dan menyedari perkara itu selepas pulang ke rumah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bazar Ramadan merupakan antara perkara yang sering dinanti-nantikan apabila tibanya bulan puasa.
Ini kerana, ia bukan hanya meriah dengan kunjungan orang ramai tetapi para peniaga turut menjual bermacam-macam hidangan daripada lauk-pauk, kuih, minuman dan banyak lagi.
Namun dalam kemeriahan itu ada juga pelanggan yang meluahkan kekecewaan mereka apabila ada peniaga yang tidak bersikap jujur semasa menjual. Ini kerana, ada segelintir daripada mereka mendapat makanan yang sudah basi atau isi yang sedikit walhal harganya mahal dan banyak lagi.
Wanita kecewa peniaga jual kuih dah berkulat di bazar Ramadan
Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita di TikTok (@syabiebiehalymm) yang meluahkan kekecewaannya dengan kualiti kuih yang dibeli dari bazar Ramadan.
Menerusi video yang dikongsikan wanita berkenaan, kelihatan dia telah membeli kuih lompat tikam di bazar Ramadan.
Namun apa yang menyedihkan sebaik kuih dibuka, kelihatan kuih berwarna hijau dipenuhi dengan kulat.
“Tengoklah haa kulat. Ya Rabbi, kenapa lah jual. Ya Allah, kulat zaman bila lah ni. Tak baik meniaga bulan-bulan puasa ni,” katanya.
Tak sempat periksa keadaan kuih sebelum beli
Wanita itu turut memaklumkan ketika membeli kuih berkenaan dia tidak sempat untuk menelitinya sebelum membuat pembayaran. Dia juga turut tertanya-tertanya bilakah kuih itu dibuat sehingga kuih itu boleh berkulat dengan banyak.
Di ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman sama iaitu membeli makanan yang sudah tidak elok di bazar Ramadan.
Malah ada juga yang berpendapat adalah lebih baik memasak makanan sendiri di rumah berbanding pergi ke bazar Ramadan.