Jiran Pelbagai Bangsa Bersatu Hati Gantung 400 Lampu Hiasan Aildilfitri Raih Pujian Netizen [Video]

Umum sedia maklum Malaysia terdiri daripada diversiti penduduk yang pelbagai iaitu kaum, budaya dan bangsa berbeza.

Namun perbezaan itu tidak menjadi penghalang bagi masayarakat tersebut untuk hidup dalam keadaan aman harmoni di antara sama satu sama lain.

Baca Artikel Berkaitan:[Video] Wanita Terharu Jiran Bangsa Cina Gigih Tanam Pokok Limau Lepas Tahu Orang Melayu Guna Untuk Masak Sambal

Perpaduan rakyat tersebut juga boleh dilihat apabila individu berlainan agama bersama-sama membantu dalam persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.


Jiran Berbilang Bangsa Gantung Lampu Hiasan Raya Bersama

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@faizal.nayan) menyaksikan kemeriahan persiapan hari raya oleh kejiranan perumahan Setia Eco Templer, Rawang.

Menerusi klip video tersebut, jiran-jiran berbilang bangsa itu telah berganding bahu bagi memasang lampu raya sepanjang lorong taman. Sekali tengok memang lorong tersebut kelihatan amat meriah!

Memetik Harian Metro, Faizal berkata idea untuk memasang hiasan lampu raya tersebut adalah selepas 33 pemilik rumah di kawasan berkenaan memberikan persetujuan.

Sumber: TikTok (@faizal.nayan)

Tambahnya, pemasangan kira-kira 400 lampu raya itu merupakan kesinambungan daripada inisiatif mereka menggantung tanglung sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Februari lalu.

Kawasan perumahan ini baru tiga tahun namun kami sudah mengenali satu sama lain. Tahun ini, kami rancang lakukan sesuatu untuk sambut perayaan bermula dengan tanglung pada Tahun Baharu China lalu dan kini lampu bulan bintang pula sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Faizal Nayan.

Inisiatif Pasang Lampu Pupuk Sikap Hormat Sesama Jiran

Jelas penduduk itu lagi, mereka telah bersama-sama mengumpul duit untuk membeli lampu hiasan berkenaan dan berjaya menggantungnya dalam tempoh dua jam 30 minit sahaja dengan kerjasama semua.

Faizal menyifatkan program tersebut sebagai satu cara untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama jiran selain meraikan budaya dan adat kaum yang pelbagai.

Bahkan, inisiatif itu juga berjaya membantu Faizal dan jiran setempat untuk memupuk sikap hormat antara satu sama lain.

Secara tak langsung, ia dapat menyatukan dan mengukuhkan perpaduan dalam kejiranan kami. Mudah-mudahan, usaha ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Faizal Nayan.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran Faizal di TikTok telah mencuri perhatian warganet dengan jumlah tontonan sebanyak 2 juta.


Netizen Puji Sikap Jiran Berbilang Kaum Yang Harmoni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan kata-kata positif terhadap semangat kejiranan yang berbilang bangsa itu.

“Nampak ada tanglung tu, jadi habis Chinese New Year diorang gotong-royong pasang lampu ketupat pula. Memang harmoni dan syabas serta tahniah kepada penduduk lorong ini,” kata seorang indivdu.

Siap ada yang pengguna TikTok berkata menghuni di taman perumahan yang harmoni seperti itu adalah impiannya.

“Lagi satu sebab untuk bekerja keras adalah disebabkan ini, masyarakat impian saya,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga menyifatkan kewujudan perpaduan di kalangan jiran tetangga adalah rezeki yang tidak semua di antara kita dapat rasai.

“Memang rezeki dari Allah SWT ni dapat jiran-jiran yang sepakat tak kira bangsa dan agama. Bukan senang nak dapat jiran yang sepakat macam ni, seronoklah,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@faizal.nayan)

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Bangsa India Kongsi Resepi Sardin Kicap Versi Bahasa Melayu Undang Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’

Recent Posts

  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

27 mins ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

47 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Dekat Stesen Minyak

Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…

55 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

18 hours ago