Kerana Bagi Review Buruk Tentang Produk Tomato Puri, Wanita Hamil Berdepan Hukuman Penjara 7 Tahun

Seorang wanita di Nigeria berdepan dengan hukuman penjara selama tujuh tahun gara-gara menulis review yang teruk mengenai satu produk puri tomato.

Wanita tersebut berdepan dengan hukuman berkenaan selepas pemilik produk tersebut mendakwa review berkenaan menjejaskan perniagaannya.

Wanita minta pengikut komen mengenai produk puri tomato yang disifatkan terlalu manis

Wanita yang dikenali sebagai Chioma Okoli merupakan seorang ahli perniagaan yang berusia 39 tahun di Lagos. Dia telah didakwa melakukan jenayah dan disaman di mahkamah sivil selepas membuat komen negatif di Facebook tentang produk yang dikeluarkan oleh Nigeria Erisco Foods.

Malah dalam hantaran tersebut dia turut meminta pengikutnya seramai 18,000 untuk turut berkongsi pendapat mereka mengenai produk berkenaan selain turut berkongsi gambar satu tin puri tomato berkenaan dan menyifatkan ia terlalu manis.

Salah seorang pengguna yang dipercayai ahli keluarga kepada pemilik produk terbabit turut meminta wanita berkenaan berhenti melakukan tindakan tersebut.

“Berhenti memalukan produk abang saya. Jika tidak suka, gunakan produk yang lain dan bawa ia ke media sosial atau hubungi khidmat pelanggan,” katanya, lapor Daily Mail.

Minta adik nasihatkan abang berhenti merosakkan kesihatan orang lain dengan produk puri tomato tersebut

Namun komen tersebut dibalas oleh Okoli yang meminta individu berkenaan untuk menasihati abangnya berhenti merosakkan orang lain dengan produk tersebut.

“Tolong nasihatkan abang awak untuk berhenti memb*n*h orang lain dengan produknya, semalam adalah hari pertama saya menggunakannya dan ia gula asli.”

Ahli perniagaan kemudian ditahan polis

Wanita terbabit yang juga sedang hamil anak keempat kemudiannya telah ditahan oleh polis di Negeria pada September ketika berada di gereja.

Malah Okolio memberitahu kepada CNN dia dipaksa untuk berdiri di dalam sel (penjara) yang bocor selama berjam-jam.

“Tiada tempat duduk, jadi saya berdiri sepanjang hari sehingga keesokan harinya. Kaki saya berada di dalam air (yang datang dari bumbung bocor).

“Kadang- kadang sayang mencangkung untuk mengurangkan tekanan pada kaki saya. Saya sedang memikirkan tentang anak-anak saya yang berada di rumah. Saya bercakap seorang diri. Saya fikir, saya akan berdoa,” katanya lagi.

Didakwa melakukan dua jenayah yang boleh membawa hukuman penjara dan denda

Wanita tersebut telah didakwa dengan dua jenayah berasingan dan boleh menyebabkan dia dipenjara sehingga tujuh tahun.

Okoli didakwa bersubahat dengan dua individu lain dengan niat ‘menghasut orang terhadap Ericco Foods Limited’ mungkin terpaksa dipenjarakan sehingga tujuh tahun. Manakala untuk jenayah kedua dia didakwa menghasut Erisco Food Limited, mengatahu ia adalah maklumat palsu dan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan perlu membayar denda tujuh juta naira (RM20,136).

Sementara itu, pemilik produk berkenaan, Erisco telah membawa perkara itu kepada tuntutan sivil selepas mendakwa terdapat beberapa pembekal memutuskan hubungan dengan syarikatnya berhubung hantaran tersebut dan menuntut kerugian 5 bilion naira (RM18 juta).

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

8 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

8 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

8 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

8 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

10 hours ago