fbpx

Pergi Umrah Tanpa Izin, Suami Doa Isteri Tak Selamat Dunia Akhirat

Menurut lelaki berkenaan, dia mendakwa isterinya juga telah menghina ibu bapa dan adik-beradiknya sehingga menyebabkan dia mengambil keputusan keluar dari rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang sudah berkahwin tentunya mengimpikan kehidupan yang bahagia sehingga ke akhir hayat.

Namun setiap hubungan itu tentu mempunyai pasang surutnya yang secara tidak langsung menguji mahligai yang dibina.

Antara faktor yang menyebabkan bergolaknya sesebuah perkahwinan itu adalah seperti isu kekeluargaan, tingkah laku, kewangan serta banyak lagi.

Suami doa isteri tak selamat dunia dan akhirat

Baru-baru ini, tular di X satu hantaran tangkap layar perbualan seorang lelaki berstatus suami yang tidak reda dengan perbuatan isterinya.

Malah apa yang lebih menakutkan sang suami turut mendoakan isterinya tidak akan selamat di dunia dan akhirat.

Berpunca kerana isteri tak minta izin kerana nak pergi umrah

Menerusi hantaran tersebut, lelaki itu meluahkan rasa tidak puas hatinya selepas si isteri membuat keputusan untuk menunaikan umrah tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

“Doa saya pada isteri saya, dia tidak selamat pergi umrah pagi esok. Ini kerana, tiada perbincangan dan tiada minta izin saya sebagai suami untuk ke sana buat umrah.

“Sungguh sakit hati bila dia buat saya macam orang asing. 10 malam terakhir ni saya pulun doa yang dia tidak selamat dunia dan akhirat,” kata lelaki itu dalam perbualan grup Telegram yang tular.

Tak reda & dakwa isteri hina ibu bapa dan adik-beradik

Lelaki berkenaan turut mengatakan dia tidak akan reda dunia dan akhirat dengan perbuatan isterinya itu, selain meminta orang ramai untuk mendoakan dia kuat dalam menjalani ujian ini.

Bukan hanya itu, lelaki itu mendakwa isterinya itu telah menghina ibu bapa serta adik-beradiknya sehingga membuatkan dia mengambil keputusan keluar rumah mentua dan pulang ke negeri asal.

“Serik sungguh berkahwin dengan orang Paka, Terengganu yang sorang ni bermasalah.. Saya tahu orang Paka semua baik belaka.”

Perkongsian undang perhatian ramai

Melihat di ruangan balas, ada yang berpendapat agar si suami tidak menggunakan 10 terakhir Ramadan dengan berdoa perkara yang tidak baik.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat agar lelaki itu berbincang atau berpisah berbanding mendoakan perkara yang tidak baik kepada isterinya.

Ada juga segelintir daripada netizen yang menyebelahi si isteri dan berpendapat pasti dia mempunyai sebab bertindak pergi ke umrah tanpa berbincang atau memberitahu sang suami.

“Rugi diri sendiri 10 malam terakhir Ramadan berdoa macam tu”

“Kita ni manusia biasa, tak boleh nak ubah hati orang yang suka doa kan benda buruk walau kita dah buat benda baik..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.