Risau Jammed Balik Raya Tak Dapat Tarawih? Ini Cara Tunai Solat Dalam Kereta [Video]

Dalam kesibukan semua umat Islam sedang sibuk berpuasa tanpa sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Malah ramai di kalangan masyarakat di negara ini sudah mula membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya seperti membeli pakaian baru, perhiasan rumah termasuklah merancang untuk pulang ke kampung bagi meraikan hari mulia bersama keluarga tersayang.

Namun dalam sibuk membuat persiapan, pasti ramai yang tidak mahu terlepas daripada mengejar Lailatul Qadar pada 10 Ramadan terakhir ini dengan memperbanyakkan lagi ibadah seperti Tarawih dan sebagainya. Tetapi kesibukan jalan raya mungkin menyebabkan segelintir daripada anda bimbang tak dapat untuk mengerjakannya.

Ustaz Jafri kongsi cara buat Tarawih dalam kereta ketika sedang bermusafir

Baru-baru ini, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Jafri Mahmoodi telah berkongsi cara untuk menunaikan solat Tarawih di dalam kereta meskipun sedang dalam perjalanan pulang ke kampung atau bermusafir.

“Dalam bulan Ramadan ada yang nak kena bermusafir, dah nak balik kampung nanti dan sebagainya kan? Lepas tu tak mahu terlepas solat Tarawih maka jangan tinggal solat Tarawih walaupun dalam permusafiran.

“Berhenti solat Maghrib jamak dengan Isyak siap-siap kemudian masuk kenderaan, dalam perjalanan kita buat solat Tarawih atas kenderaan dan boleh berjemaah insya-Allah,” katanya dalam video TikTok yang dikongsikannya.

Duduk dalam kereta pun boleh buat solat Tarawih

Malah Ustaz Jafri turut menunjukkan beberapa cara untuk menunaikan solat Tarawih secara duduk ketika berada di dalam kenderaan.

Antara langkah yang perlu dilakukan untuk solat Tarawih dalam kenderaan:

  • Duduk tegak dan membaca niat solat Tarawih
  • Mengangkat takbirahtul ihram dan qiam
  • Membongkokkan badan sedikit ketika ingin rukuk
  • Membongkokkan badan lebih berbanding rukuk ketika ingin sujud
  • Mengangkat jari telunjuk ketika ingin membaca tahiyat akhir
  • Memberi salam dari kanan ke kiri sebelum selesai solat sunat Tarawih
  • Membaca selawat
  • Membaca doa apabila rakaat ke 4 dan teruskan pergerakkan sama sehingga witir.

“Senang saja insya-Allah, bagaimana Nabi Muhammad SAW biasa solat-solat sunat di atas kenderaan walaupun tidak menghadap ke arah kiblat.”

Pastikan sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk

Katanya lagi syarat yang penting adalah pastikan kita sentiasa berada dalam keadaan berwuduk dan berdoa semoga Allah permudahkan urusan dan sampai ke destinasi dituju dengan selamat dalam keadaan tidak meninggalkan solat-solat sunat kita.

“Ada yang dalam perjalanan tapi sayang nak tinggalkan solat Tarawih. Solat saja dalam kenderaan. Janji jangan tinggal Tarawih. Rugi sangat kalau tertinggal,” jelasnya lagi.

@jafrimahmoodi_off

Ada yang dalam perjalanan tapi sayang nak tinggalkan solat tarawikh. Solat saja dalam kenderaan. Janji jangan tinggal tarawikh. Rugi sangat kalau tertinggal. #fyp #jafrimahmoodiofficial #jafrimahmoodi #ustazjafriabubakarmahmoodi #kidaf #kompleksislamdarulfaizin #tehtarikmahmudi

♬ original sound – jafrimahmoodi_official – jafrimahmoodi_official

Ramai sifatkan perkongsian untuk memudahkan mereka yang sedang bermusafir

Melihat di ruangan komen ada yang mengatakan mereka pernah solat ketika berada di dalam kereta.

Malah ada juga yang menyatakan penjelasan diberikan oleh Ustaz Jafri mengenai kemudahan untuk menunaikan ibadah solat Tarawih itu dapat membantu mereka jika berdepan dalam situasi berkenaan.

“Betul-betul saya pernah buat Tarawih ketika tengah memandu”

“Alhamdulillah, terbaik ustaz. Perkongsian yang sangat bermanfaat”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

1 hour ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

1 hour ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

2 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

2 hours ago
  • Trending

“Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]

Sebelum memasuki tandas, lelaki itu turu menunjukan beberapa kemudahan yang ada di kawasan luar seperti…

3 hours ago
  • Gaya Hidup

ZCOVA Lancar Outlet Pertama Di Lembah Klang & Koleksi Edisi Terhad, “Isla”

Varian Induk Mutiara ditawarkan pada harga RM 4,990 bersih, dan varian Lapis Lazuli pada harga…

3 hours ago