Tersangkut dalam lif merupakan satu pengalaman yang menakutkan, terutama sekali bagi mereka yang mempunyai masalah klaustrofobia yakni takut dengan tempat sempit.
Malah, mesti timbul perasaan takut kalau-kalau lif tersebut terjatuh dari tingkat yang tinggi.
Baru-baru ini tular di TikTok satu video yang menunjukkan sekumpulan anggota bomba menyelamatkan orang yang tersekat di dalam lif.
Menerusi video dimuat naik seorang bomba, Waly Hashim, kejadian itu berlaku di Masjid Al-Ghufran yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Menurutnya, lif tersebut telah tersekat akibat panahan petir sehingga menyebabkan tiga orang nenek terperangkap di dalamnya.
Waly berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh orang awam yang menyedari bahawa lif itu tidak berfungsi.
Lebih menyedihkan lagi, ketiga-tiga mangsa telah terperangkap di dalam lif tersebut selama hampir satu jam sebelum diselamatkan pihak bomba. Malah, lampu di dalam lif berkenaan turut tertutup menyebabkan mereka terperangkap dalam kegelapan.
Waly yang merupakan sebahagian daripada kumpulan penyelamat itu turut mengucapkan rasa syukur kerana kesemua mangsa kuat.
Namun dia memaklumkan bahawa dua daripada mereka kelihatan lemah kerana mungkin telah kelemasan.
Menjenguk ke ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi pengalaman mereka dan ahli keluarga terperangkap di dalam lif.
Individu bernama Salwa berkata dia pernah terperangkap di dalam lif beramai-ramai dengan keluarganya sehingga berasa panik. Menurut Waly, lebih mudah terkena serangan panik jika terperangkap beramai-ramai.
Seorang lagi individu berkata dia pernah terperangkap di dalam lif ketika sedang hamil. Perkara ini menyebabkan seorang pakcik yang turut terperangkap sentiasa bertanyakan keadaan dirinya dan menekan butang kecemasan berkali-kali.
Menurut pengguna TikTok @callmejojo, dia menyedari makciknya terperangkap di dalam lif bersama rakan-rakan apabila mendengar suara orang ramai meminta tolong dan ketukan di pintu lif.
Jika anda terperangkap di dalam lif, hubungi pihak bertanggungjawab menerusi butang loceng atau interkom yang disediakan. Jika butang tersebut tidak berfungsi, hubungi nombor tertera atau nombor kecemasan.
Namun Waly berkata jika tiada sebarang pilihan, seperti butang loceng rosak dan tidak membawa telefon bimbit, mangsa hanya terpaksa bertawakal. Mangsa juga boleh menjerit untuk cuba mendapatkan perhatian orang awam yang berada berhampiran lif tersebut.
Ingat, jangan cuba buka pintu lif secara paksa dengan sendiri kerana tindakan itu amat membahayakan.
Dalam pada itu, dia sempat memberi nasihat agar mengelakkan orang yang telah berumur atau uzur untuk naik lif berseorangan. Ini supaya jika lif mempunyai masalah, mereka tidak tersangkut seorang diri yang mungkin akan mendatangkan bahaya.
Seorang individu turut berkongsi bahawa lif di apartment tempat tinggalnya memasang display CCTV untuk memantau keadaan di dalamnya.
Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…
Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…
Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…
Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…
Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…