Lebuh Raya Di Merapoh Menuju Gua Musang Kelantan ‘Dibanjiri’ Sampah Orang Berbuka Puasa? [Video]
Kebanyakan netizen mengecam tindakan individu-individu yang tidak bertanggungjawab itu kerana membuang sampah merata yang boleh menjadi contoh buruk buat generasi muda.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pada ketika ini, ramai umat Islam di perantauan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga.
Sepanjang perjalanan pula, pasti ada yang sudah merancang untuk berhenti seketika di hentian Rehat dan Rawat (R&R) untuk berbuka puasa.
Malah, segelintir individu yang sudah membungkus makanan dan minuman pula ada yang hanya berbuka puasa di tepi lebuh raya kerana dilihat lebih mudah.
Tular tepi lebuh raya dipenuhi dengan sampah sarap
Bagaimanapun baru-baru ini, tular di media sosial pendedahan influencer automotif, Hezeri Samsuri yang menunjukkan keadaan di tepi lebuh raya yang dipenuhi sampah sarap.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X miliknya, longgokan sampah sarap itu dijumpai di sepanjang lebuhraya di Merapoh, Pahang menuju ke Gua Musang, Kelantan.
“Dah 2024, perangai masih sama, apa dekat rumah kau macam manalah gamaknya,” ciapnya.
Sampah dipercayai milik orang yang berhenti berbuka puasa di tepi lebuh raya
Berdasarkan video terbabit, kebanyakan sampah yang ditemui adalah seperti plastik dan pembungkus makanan dan botol air yang dipercayai digunakan untuk berbuka puasa sebelum menyambung perjalanan.
“Menimbun sampah. Kalau korang nak berhenti berbuka puasa pun jangan lah sampai buat macam ini. Tolonglah, janganlah pengotor sangat,” katanya.