“Siap Fly Tu” – Bapa Layan Ragam Anak Naik Motor Permainan Cuit Hati Ramai [Video]

Umum mengetahui kanak-kanak mempunyai ragam mereka yang tersendiri, ada yang nakal, lasak, suka bermain dan ada juga yang gemar bergurau senda.

Seperti sebelum ini, seorang budak lelaki berumur tiga tahun telah membuat ibu bapa berdekah selepas dia dengan ‘confident’ jalan masuk ke dalam pekarangan sekolah rendah abangnya.

Telatah si kecil itu kelihatan seolah-olah dia teruja untuk ke bilik darjah untuk memulakan pembelajaran.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Si Kecil Umur 3 Tahun ‘Confident’ Masuk Sekolah Kebangsaan Bikin Netizen Terhibur


Bapa Layan Gelagat Si Kecil Tunggang Motor Permainan

Gelagat kanak-kanak yang bersahaja sekali lagi mendapat perhatian ramai.

Seperti baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@adilahderin) menyaksikan detik-detik mencuit hati apabila seorang bapa dilihat sedang menemani anak perempuannya dipercayai di hadapan sebuah pasar raya.

Menerusi video tersebut, lelaki itu dilihat bersabar melayan gelagat anak kecil yang seronok bermain dengan motor lumba permainan.

Sumber: TikTok (@adilahderin)

Bapa Terhibur Lihat Anak Buat Aksi ‘Superman’

Si anak perempuan juga berjaya mengukirkan senyuman di wajah ayahnya apabila dia melakukan aksi ‘superman’ secara spontan. Memang comel!

Lebih menghiburkan apabila riak muka si bapa kelihatan pasrah dengan telatah nakal anak perempuannya itu. Banyak betul ragam si kecil ni ya.

Perkongsian tersebut telah mencuri perhatian ramai dengan jumlah tontonan mencecah 2.7 juta setakat artikel ini ditulis.


Netizen Terhibur Lihat Bapa ‘Layan’ Perangai Anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur melihat situasi di antara anak beranak tersebut.

“Adik tengok cerita Adnan Sempit ke dulu, comel perangai tau,” kata seorang wanita.

Malah, ada yang berkata punca si bapa tertawa selepas anaknya melakukan aksi superman adalah kerana dia terkenang waktu zaman dahulu.

“Kau saja buat bapa kau teringat zaman muda-muda kan? Buat bapa kau rindu je” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga berseloroh dengan mengatakan kanak-kanak berkenaan mempunyai perangai yang sama seperti ayahnya.

“Ke mana tukar kuah kalau tidak ke nasi (peribahasa),” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@adilahderin)

Buat ibu bapa di luar sana, hargailah momen sebegitu bersama anak-anak. Mana tidaknya, dengan sekelip mata tiba-tiba anak sudah pun membesar dan semakin matang.

Zaman muda merekalah adalah waktu yang sesuai untuk anda melayankan segala kerenah si kecil. Kadangkala, ragam anak yang spontan itu lah yang mampu membuatkan hari anda bertukar ceria.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anak Kecil Turun Kereta & Tolong Ibu Bayar Tol Jadi Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Comel Je” – Ramai Terhibur, Si Kecil Tolong Ayah Di Kedai Makan Siap Suruh Pelanggan Lap Meja Sendiri

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

3 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

3 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

4 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

4 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

5 hours ago