Ibu Bapa Wajib Suruh Anak-Anak Umur 7 Tahun Solat & Puasa Sebelum Baligh – UAI

Umum mengetahui setiap umat Islam wajib untuk mengikut setiap perintah Allah SWT antaranya adalah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa.

Walau bagaimanapun, seseorang akan berdosa sekiranya tidak melakukan perintah Allah khususnya bagi mereka yang sudah baligh (cukup umur).

Oleh itu, bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara seperti tidak sembahyang dan sebagainya anak-anak boleh disuruh melakukan ibadah berkenaan bermula pada umur tujuh tahun.

Ustaz Azhar Idrus jelaskan ibu bapa wajib suruh anak solat dan puasa

Perkara sama turut dikongsikan oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus, yang menjelaskan ibu bapa wajib menyuruh anak-anak yang sudah memasuki usia tujuh tahun untuk menunaikan solat lima waktu.

Namun disebabkan mereka masih lagi belum baligh mereka tidak diwajibkan untuk menunaikan solat.

“Wajib suruh bukan wajib solat. Adik solat, adik sembahyang. Dia tak sembahyang tak apa. Bukan wajib sembahyang.

“Wajib suruh. Faham tak? Kejap lagi masuk Zohor pula. Adik Zohor sembahyang, dia tak sembahyang tak apa wajib suruh,” katanya.

Bertujuan agar anak biasa mendengar perintah solat dan puasa

Menurut Ustaz Azhar lagi suruhan itu dilakukan agar apabila sudah baligh, anak sudah biasa mendengar perintah untuk solat lima waktu.

Ini kerana, sekiranya mereka tidak latih dan diajar begitu bimbang apabila tiba waktu baligh sukar untuk dia solat.

“Maka ulama qiyaskan dengan puasa, ingat ya anak kita umur tujuh tahun, tahun ini wajib kita suruh puasa.

“Adik esok bulan Ramadan, Allah SWT wajibkan puasa. Adik mula puasa esok hari, esok dia tak puasa tak apa. Wajib suruh.

“Bukan dia wajib puasa kita wajib suruh sebagai tarbiah, latihan supaya telinga dan hati biasa dengar benda yang wajib.”

Wajib menyuruh tidak wajib bagi anak melaksanakan jika belum baligh

Malah pendakwah itu juga menasihati ia tidak menjadi masalah jika anak-anak makan sebelum tibanya waktu berbuka kerana apa yang penting adalah kita telah menyuruh.

Namun tidak wajib bagi mereka menjalaninya sekiranya tidak berkemampuan.

“Jangan nak tunjuk dekat orang aku hebat, anak aku tujuh tahu puasa penuh, tak betul macam tu,” katanya lagi.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

11 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

12 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

12 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

12 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

14 hours ago