Tular Wanita Dengar Suara Misteri Jawab Salam Ketika Lawat Kubur Bapa, Ini Penjelasan Ustaz Elyas Ismail [Video]
Menurutnya, perkara terbabit bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku bagi Allah SWT kerana salah satu adab menziarahi kubur adalah memberi salam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memperdengarkan dengan jelas satu suara misteri menjawab salam seorang wanita yang sedang berada di tanah perkuburan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mua_wanie92, wanita terbabit yang dikenali sebagai Wanie difaham sedang melawat pusara arwah bapanya.
Dengar jelas suara lelaki jawab salam
Namun, apa yang mengejutkan, ketika Wanie memberi salam dengan menyebut ‘Assalamualaikum abah’, kedengaran jelas suara seakan seorang lelaki menjawab salam tersebut.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna TikTok percaya bahawa suara misteri tersebut datang daripada alam kubur.
“Tak mustahil bagi Allah SWT” – Ustaz Elyas
Terbaharu, pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail menerusi satu hantaran video di akaun TikTok miliknya turut memberi respon berhubung perkara tular itu.
Meskipun agak terkejut mendengar suara misteri itu, Ustaz Elyas berpendapat perkara terbabit bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku bagi Allah SWT.
Salah satu adab melawat kubur adalah memberi salam
Ujarnya, hal ini kerana salah satu adab ketika melawat pusara adalah dengan memberi salam kepada penghuni kubur.
“Adab ziarah kubur adalah memberi salam, ‘Assalamualaikum dan salah sejahtera kepada penghuni kubur di kalangan orang-orang beriman, sesungguhnya kami juga akan menyusul kalian’,” katanya.
Penghuni kubur tahu siapa yang ziarah dan akan menjawab salam
Menurutnya lagi, para penghuni kubur juga mengetahui siapa yang menziarahi mereka dan akan menjawab salam yang diberikan.
“Mereka (penghuni kubur) tahu akan kehadiran orang yang ziarah dan akan menjawab salam. Penghuni kubur memang jawab salam kita, cuma kita tak dengar.
“Cuma mungkin ada kes-kes tertentu seperti kes ini terdengar sayup-sayup walaupun tiada orang di sekeliling tapi ada bunyi suara orang jawab, itu Wallahualam, Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui,” katanya lagi.
Berkongsi lanjut, Ustaz Elyas berkata antara kebaikan menziarahi kubur adalah dapat mengingatkan manusia tentang alam akhirat dan bakal menyusul mereka yang telah tiada.