“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.”
Begitulah gambaran yang paling sesuai buat anak-anak yang mendapat kasih sayang dan pengorbanan daripada ibu bapa sehingga akhir hayat mereka.
Pun begitu, lain pula kisahnya dengan seorang wanita ini apabila dia mendakwa tidak pernah menerima kasih sayang daripada seorang ibu sejak kecil lagi.
Wanita yang dikenali sebagai Anne itu meluahkan tentang perkara terbabit kepada Ustaz Izzhar Nazri secara dalam talian di sebuah stesen radio tempatan, Zayan FM.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @zayan.my, Anne (bukan nama sebenar) menyatakan bahawa dia telah dibenci oleh ibunya sejak kecil lagi tanpa mengetahui sebabnya.
“Saya pernah tanya sendiri dengan mak saya, kenapa mak saya memang tak suka saya antara ramai-ramai adik beradik, bila dia jumpa orang lain dia akan cakap saya bukan anak dia.
“Bila saya tanya soalan, dia tak akan jawab soalan saya,” kata Anne dalam keadaan sebak.
Lebih menyedikan lagi, Anne turut mendakwa bahawa ibunya sanggup menabur fitnah kepada abang-abang yang lain sehingga dia dibenci bahkan dipukul.
“Macam satu kepuasan untuk mak saya bila dia tengok abang-abang saya pukul saya.
“Sampaikan masa saya nak kahwin hari itu, dia pernah cakap dia akan lari rumah sebab dia tak nak tengok saya kahwin. Tapi ayah saya cakap takpe sebab ayah saya adalah wali,” luahnya.
Menurutnya lagi, ibunya juga pernah menyatakan bahawa dia tidak akan menerima Anne sebagai anak selagi mana adik beradiknya yang lain tidak menerimanya.
Malah, Anne yang kini berusia lingkungan 30-an juga tidak pernah dihargai oleh ibunya setiap kali dia mencapai kejayaan.
“Saya sebenarnya teringin nak kasih sayang seorang ibu dan jujur saya cakap, bila saya tengok kawan-kawan rapat dengan ibu mereka, saya akan jadi sedih, saya akan rasa kenapa ibu tak pernah peluk saya dan tak pernah sayang saya,” luahnya lagi.
Berkongsi lanjut, Anne berkata dia tidak mahu perasaannya terhadap ibunya suatu hari nanti menjadi kosong kerana dia amat menyayangi wanita itu dan memohon agar dimasukkan ke syurga suatu hari nanti.
Sementara itu, Ustaz Izzhar yang menitiskan air mata mendengar luahan terbabit menyifatkan Anne sebagai seorang anak yang kuat kerana tetap berbuat baik kepada ibunya.
Menurut Ustaz Izzhar, terdapat tujuh pintu syurga dan salah satunya adalah untuk orang yang taat kepada ibu bapa.
“Tapi pintu syurga yang taat mak ayah itu sebenarnya bukan untuk orang yang taat mak ayah tau, tapi dia untuk orang mak tak suka, ayah sisihkan, mak benci, mak buang tapi anak itu tetap juga buat baik dekat mak,” katanya.
Menurut Dr Akmal Saleh, peruntukan untuk menyediakan keperluan sekolah telah diperoleh JAIM sejak bulan 12…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebagai umat Islam, kita haruslah hidup secara bersaudara untuk saling menguatkan…
Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…
Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…
Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…
Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…