Aksi Si Kecil Enggan Mengaku Ada Buat Salah Semasa Sesi Salam Raya Cuit Hati Netizen [Video]

Apabila menjelangnya 1 Syawal masyarakat beragama Islam akan bersalaman serta bermaafan dengan ahli keluarga dan kenalan terdekat untuk memohon keampunan bagi segala kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Bagi anak kecil pula, momen bersalaman dengan ibu bapa merupakan waktu yang ditunggu-tunggu kerana kebiasaannya pada waktu itulah mereka dapat ‘mencuci’ kesilapan lama sambil mengumpul duit raya.

Namun lain pula dengan kes anak beranak ini, apabila si bapa dilihat melayan gelagat anak yang tidak mahu memohon maaf.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Angkat Beras 10 KG” – Gelagat Lelaki Dukung Pak Mentua Ketika Salam Raya Buat Netizen Terhibur


Anak Perempuan Tak Mahu Ngaku Salah Ketika Bersalaman Dengan Bapa

Menerusi satu hantaran di laman TikTok (@abfamily10) menyaksikan sesi salam dan bermaafan di antara anak-anak bersama ibu bapa. Pada awalnya kelihatan seorang budak lelaki sudah selesai bermaafan dengan bapanya lalu mendapat sekeping sampul raya.

Selepas beberapa ketika, tiba giliran seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Aubrey Khaleela.

Apabila si bapa meminta anak perempuannya untuk meminta maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini, Aubrey dengan yakinnya berkata dia tidak mempunyai sebarang kesalahan. Malah, dia juga dilihat enggan untuk meminta maaf.

Lebih menghiburkan apabila si kecil itu dilihat ‘menjeling’ setiap kali si ayah berkata dia ada melakukan kesalahan.

Apa tak ada? Ada (salah). Adik jerit-jerit, marah dan tak dengar cakap ummi dengan abang. Tu salah tu. Mainan bersepah-sepah.

Si bapa.

Berasa sedih mendengar bebelan si bapa, anak perempuan itu akhirnya mencebik muka sebelum menitiskan air mata.

Sumber: TikTok (@abfamily10)

Berhenti Nangis Sejurus Dapat Sampul Duit Raya

Tidak sanggup melihat anak bersedih, si bapa pantas memeluk anak perempuannya itu dan memaafkan segala kesilapan dilakukan. ‘Drama’ air mata pula terhenti sebaik bapanya menghulurkan sampul duit raya.

Benar apa orang-orang selalu cakap, perempuan ini dengan sekelip mata boleh berubah emosinya! Momen bersalaman tersebut kemudian berakhir dengan ukiran senyuman manis si anak kepada orang tuanya.

Sumber: TikTok (@abfamily10)

Netizen Terhibur Lihat Ragam Si Kecil Nangis Ketika Bersalaman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat ragam Aubrey ketika bersalaman dengan ibu bapa.

“Dia ketawakan abang dia, akhirnya dia yang menangis. Comel,” ujar seorang individu.

Malah, ada juga kaum Hawa yang berseloroh dengan berkata adik kecil itu melakukan perkara yang betul.

“Adik kita kena tegakkan hak kita. Kita tak pernah salah dan duit adalah hak kita,” jelas seorang wanita itu.

Sementara itu, ramai juga di kalangan warganet tercuit hati melihat ragam si kecil kerana berhenti menangis sesudah mendapat wang dari bapa.

“Menitis air mata tapi dapat sampul (duit raya) auto gembira,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@abfamily10)

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 13 Juta Tontonan, Klip Video Tular Anak Payungkan Ibu Ketika Solat Undang Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Si Kecil Teman Ayah Jadi Imam Di Masjid Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

9 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago