“Respect”- Pelajar Malaysia Buat PhD Di UK Jadi ‘Cleaner’ Untuk Kerja Sambilan Raih Perhatian [Video]

Setiap individu pastinya menyimpan impian untuk berjaya sehingga ke menara gading serta menjadi seseorang yang berjaya dalam bidang yang ingin diceburinya.

Oleh itu, ada yang akan menyambung pelajaran sebaik sehaja selesai persekolahan sehingga berjaya memiliki Doktor Falsafah atau lebih dikenali sebagai PhD. Ada yang menyambung pelajaran di negara sendiri dan ada juga tidak melepaskan peluang untuk mengenali budaya lain dengan melanjutkan pelajaran di luar negara.

Namun sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara untuk melakukan kerja sambilan sabagai salah satu cara untuk menambah pendapatan. Maklumlah apabila berada di negara orang, kos kehidupan seharian selalunya lebih tinggi berbanding di negara sendiri. Maka, ramai memilih untuk membuat kerja sambilan demi kelangsungan hidup atau untuk hidup lebih selesa.

Pelajar Malaysia jadi cleaner sebagai kerja sambilan tarik perhatian ramai

Baru- baru ini, seorang rakyat Malaysia yang kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di University of Bristol telah menarik perhatian ramai dengan kerja sambilan dilakukannya iaitu sebagai cleaner atau tukang bersih.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Izzah di TikTok dia memulakan tugasnya sebagai โ€˜cleanerโ€™ pada waktu pagi manakala di sebelah petang wanita itu menjadi pelajar PhD sepenuh masa.

Tak memilih walaupun mempunyai pelajaran tinggi

Dalam video itu, Izzah turut menunjukkan keadaan sebenar dirinya bekerja sebagai seorang tukang bersih dengan membersihkan tong sampah dan menyapu sesebuah kawasan.

Bukan hanya itu, sebaik mengeluarkan sampah yang sudah penuh Izzah juga mengantikan plastik sampah dengan yang baharu agar orang ramai dapat menggunakan tong tersebut dengan mudah.

Meskipun bergelar pelajar PhD, namun Izzah tidak memilih dalam melakukan kerja asalkan ia menjadi sumber yang halal.

Dalam beberapa lagi video lain yang dimuat naik, Izzah juga sering menunjukkan kehidupannya sebagai seorang pelajar PhD ketika berada di UK mahupun Malaysia

Ramai kagum dan bangga lihat Izzah jadi cleaner

Mengintai di ruangan komen, ramai yang bangga dengan apa yang dilakukan oleh Izzah dan tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka kerja sambilan ketika bergelar pelajar.

Ada juga berpendapat pekerjaan dilakukan Izzah adalah permulaan yang sangat bagus kerana kelak dia mungkin akan menjadi seorang yang mempunyai empati dan sifat simpati yang tinggi.

Bukan hanya itu, ada juga mengatakan mereka juga pernah bekerja sebagai cleaner ketika di United Kingdom (UK) dan menggunakan duit gaji untuk membeli makanan yang sedap serta meneroka ke tempat orang lain.

โ€œPensyarah saya pun macam ni. Sekarang sumpah dia humble gila weh, walaupun dah ada PhD.

โ€œKerja macam ni sebenarnya banyak buat kita humble.. pernah dulu kerja cuci longkang. Bila rasa bongkak sikit, terus teringat dulu pernah susahโ€

โ€œPernah bagitahu nak kerja sebagai bibik sebab baru habis degree tapi ada sorang ni kata, kita kena ada maruah. Tak tahu pula jadi bibik menjatuhkan maruahโ€

โ€œJanji dapat rezeki yang halal dan tidak menyusahkan sesiapaโ€

Recent Posts

  • Hiburan

Filem ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya [Trailer]

โ€˜The Expertsโ€™ menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak,…

7 hours ago
  • Trending

Tangisan Wanita Baca Warkah Diberikan Oleh Anak Ketika Hari Ibu Buat Ramai Tersentuh [Video]

Menerusi video tersebut, empat beradik tersebut menghadiahkan sebuah kuali sebelum bertindak memberikan warkah meluahkan pengorbanan…

11 hours ago
  • Trending

“Rugi Besar…” – Dapat Tentangan Keras, Isa Isarb Batalkan Program Realiti Lelaki & Wanita Tinggal Sebumbung [Video]

Dia turut menerangkan kepada peserta bahawa program Hero Teladan itu berisiko diserbu oleh Jabatan Agama…

11 hours ago
  • Trending

Ayah Ayu Ting Ting Berang, Jemaah Haji Malaysia Hina Indonesia Negara Miskin? [Video]

Dalam pada itu, isteri kepada lelaki berkenaan yang juga bapa kepada Ayu Ting Ting turut…

11 hours ago
  • Trending

Wanita Dikritik Selepas Suap Bayi 10 Hari Dengan Makanan Pepejal

Perkongsian tersebut telah mengundang kecaman ramai yang kurang bersetuju makanan bentuk pepejal diberikan kepada bayi…

12 hours ago
  • Trending

Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Apa yang lebih menarik perhatian apabila Phua Chu Kang atau nama betulnya Gurmit Singh dilihat…

12 hours ago