Taman Tema Sunway Rai Pengunjung Dengan Sambutan ‘Jemput Raya’

Pejam celik sudah hampir seminggu masyarakat di Malaysia ini meraikan Hari Raya selepas sebulan berpuasa.

Tak dinafikan ketika perayaan ini ramai yang mengambil peluang untuk berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan untuk mengeratkan lagi silaturahim serta bermaaf-maafan.

Oleh itu, Sunway Theme Park juga tidak ketinggalan untuk meraikan Hari Raya yang meriah ini bersama pengunjung dengan hiburan.

Taman Tema Sunway rai pengunjung dengan sambutan ‘Jemput Raya’ pada 10 April hingga 5 Mei

Yalah, alang-alang berkumpul bersama rakan-rakan dan sanak saudara tu, boleh rancang bersama-sama untuk ke Taman Tema Sunway bermula 10 April sehingga 5 Mei 2024 ini.

Ini kerana anda berpeluang untuk melihat taman tema ini dihiasi dengan pelbagai hiasan yang menawan serta penuh dengan kebudayaan yang pasti akan membuatkan raya tahun ini lain dari yang lain.

Siap ada pertunjukan bunga api di Sunway Lagoon

Malah, team BuzzKini juga turut berpeluang meraikan acara kemuncak ini iaitu sambutan ‘Jemput Raya’ yang diadakan pada 13 April dan 14 April lalu di Sunway Lagoon bermula pada 6 petang sehingga 11 malam.

Apa yang menarik, sambutan ‘Jemput Raya’ ini turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan bunga api yang menerangi taman tema ini dengan kilauan cahaya.

Bukan hanya itu, terdapat pelbagai persembahan turut diadakan untuk menunjukan kekayaan warisan budaya di negara ini.

Namun usah bimbang kerana Taman Tema Sunway akan menyajikan pelbagai persembahan dari 13 April sehingga 5 Mei ini!

Persembahan ‘Jemput Raya’ yang menunjukkan kemeriahan sambut raya di Sunway Lagoon

Selain daripada persembahan, Sunway Lagoon turut menyajikan persembahan yang bertemakan ‘Jemput Raya’ pada jam 4.20 petang iaitu ‘Meriahnya Lebaran!’ di Surf Pool.

Bukan hanya itu, para tetamu juga dihiburkan dengan ‘Jemput Beraya’ dan ‘Pesta Raya’ yang bertempat di pentas utama pada jam 6.30 petang bagi memeriahkan lagi perayaan dan kebudayaan.

Apa yang boleh kami katakan, sambutan ‘Jemput Raya’ di Pentas Terapung Sunway Lagoon pada 13 dan 14 April merupakan sesuatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ini kerana pentas menjadi hidup dengan barisan dinamik yang memikat penonton dari awal sehingga akhir. Bukan itu sahaja, mereka juga memulakan sambutan perayaan ini dengan persembahan pancaragam yang penuh bertenaga untuk menaikkan ‘mood’ diikuti dengan irama Lambada yang pasti membuatkan orang ramai berdiri.

Captain Quack bersama rakan-rakan turut tak lepaskan peluang main bunga api bersama

Pada waktu malam pula, pentas diserikan dengan satu lagi persembahan Silat Kipas sebelum orang ramai meraikan lebaran bersama Captain Quack dan Lady Quack serta penampilan Leo dan Leona dari Sunway Pyramid Mall.

Manakala Samson dan Sophia dari Sunway University dan Elfy dari Sunway Medical Centre turut bermain bunga api bersama-sama.

Selain itu, Sunway Lagoon turut meraikan ulang tahun ke-50 Sunway dengan Joget Lambak.

Sunway Lagoon perkenal Pink Island dan Surf Pool

Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya, Sunway Lagoon turut mengambil peluang mengaktifkan Surf Pool pada 13 April lalu, jam 4 petang.

Acara ini secara tidak langsung memaparkan tarikan terbaharu Sunway lagoon iaitu ‘The Surf Pool’ dan juga ‘Pink Island’ atau Pantai Merah Jambu.

Tarikan ini akan menambahkan lagi keseronokan di mana pengunjung boleh menyelam dan meredah ombak sambil meneroka alam ajaib akuatik dengan penuh keterujaan.

Bukan hanya itu, pengunjung juga turut dipersembahkan dengan persembahan daripada Pasukan Renang Artistik Selangor yang menjadi duyung di dalam kolam. Malah persembahan yang dilakukan juga membuatkan segelintir pengunjung merasakan diri mereka seperti berada di dalam kisah dongeng yang menjadi realiti!

Dengan suasana meriah disulami pelbagai aktiviti, Taman Teman Sunway pastinya akan memberikan peluang kepada semua untuk berkumpul dan mencipta kenangan indah bersama.

Jadi tunggu apa lagi, tandakan kalendar anda dan kunjungi Sunway Lagoon dari 10 April sehingga 5 Mei ini untuk sambut raya dengan penuh bergaya.

Sunway Lost World Of Tambun tidak ketinggalan rai pengunjung dengan pelbagai persembahan

Sementara itu, di Sunway Lost World Of Tambun, kemeriahan bermula dengan pembukaan persembahan ‘Rayaku Slay’ pada jam 10 pagi yang akan menyambung para pengunjung di Jambatan Kucing.

Selain itu, terdapat ‘Pertunjukan Warisan Melayu’ pada 2.30 petang. Manakala sebelum matahari terbenam, pengunjung boleh bersiap sedia untuk acara utama iaitu, ‘Jemput Raya’ pada jam 5.30 petang.

Recent Posts

  • News
  • Trending

CCTV Rakam Lelaki Curi Pakaian Dalam Wanita, Suspek Diburu Polis [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, insiden berkenaan belaku di sebuah rumah yang terletak di…

17 mins ago
  • Trending

Tular 3 Kereta Terbabas Kerana Jalan Licin Di Klang, Ramai Tuduh Geng ‘Longkai’ Tuang Minyak [Video]

Berdasarkan rakaman terbabit, kelihatan pemilik dashcam yang melalui jalan berkenaan pada waktu awal pagi semalam…

37 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Dekat Stesen Minyak

Ekoran daripada video memasak mi segera di stesen minyak tersebut polis membuka kertas siasatan di…

44 mins ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

ASEAN Travel Passes: AirAsia VS Malaysia Airlines Flypass. Mana Satu Pilihan Anda?

Keseluruhannya yang mana satu lebih berbaloi? Sama ada MHflypass ASEAN oleh MAS atau ASEAN Explorer…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Fahmi Fadzil Kesal, Kecam Tindakan Meta Turunkan Artikel Anwar Jumpa Hamas

Menurut Fahmi, akaun Meta Malaysia Gazette telah dinyahaktif sehingga terpaksa membuka akaun baru.

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: Naim Daniel Buat Laporan Polis, Dedah Ibu Bapa Diugut Bunuh

Jelas pelantun lagu Sumpah itu, komen yang dilemparkan telah lari dari objektif asal ciapannya di…

18 hours ago