Pramugara AirAsia Pimpin Takbir Raya Semasa Penerbangan Ke Tawau Raih Pujian Ramai [Video]

Setiap kali masuknya 1 Syawal, pasti takbir Hari Raya Aidilfitri akan berkumandang bagi menghidupkan lagi malam raya.

Takbir ini akan bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya iaitu apabila masuknya waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah takbiratul ihram bagi solat sunat Aidilfitri.

Bukan hanya di masjid ataupun surau, takbir raya juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja kawasan yang dibenarkan dan tidak dilarang.

Tular Ketua Pramugara AirAsia pimpin takbir raya ketika penerbangan ke Tawau

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang Ketua pramugara AirAsia yang mengimarahkan suasana malam Aidilfitri dengan memimpin takbir raya ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah.

Ketua Pramugara yang dikenali sebagai Syafrie Izwan itu berbuat demikian selepas mengetahui Hari Raya Aidilfitri akan disambut keesokan harinya.

Ramai yang beragama Islam di dalam penerbangan turut melaungkan takbir raya

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Syafrie terlebih dahulu menanyakan berapa ramai umat Islam yang berada di dalam pesawat tersebut sebelum memulakan takbir raya.

Dalam video sama, kelihatan ramai penumpang yang yang beragama Islam dipercayai ingin pulang ke kampung halaman bagi menyambut lebaran bersama-sama keluarga.

Rata-rata penumpang juga didengari melaungkan takbir raya bersama-sama Ketua Pramugara itu selain tidak melepaskan peluang untuk merakam momen terbabit.

Syafrie sebak pertama kali dapat pimpin takbir raya semasa penerbangan

Memetik laporan Kosmo, Syafrie yang berumur 36 tahun itu menzahirkan rasa sebak apabila diberi peluang buat pertama kali memimpin takbir raya bersama-sama penumpang.

“Ya, ia merupakan pengalaman pertama saya bertakbir dalam pesawat bersama penumpang. Biasanya takbir atau talbiah dibuat dalam pesawat sewaan khas haji atau umrah dan saya tak pernah buat penerbangan tersebut,” katanya.

Menurut Syafrie yang juga seorang penyampai berita Buletin Didik NTV7, video tular itu dirakam sekitar pukul 8.30 malam pada 9 April lalu selepas dia dan anak kapal yang lain dimaklumkan bahawa keesokan hari merupakan 1 Syawal.

“Kami dimaklumkan setelah kapten menghubungi pusat kawalan trafik udara (ATC) di ruang udara Sarawak.

“Saya dan krew penerbangan diarahkan untuk melaksanakan aktiviti dalam pesawat bersempena Aidilfitri dan aktiviti balik kampung. Kebetulan, malam tersebut merupakan malam pengumuman Aidilfitri. Jadi saya cadangkan untuk bertakbir raya bersama penumpang,” katanya lagi.

Untuk info, tujuan melaungkan takbir adalah untuk mengagungkan Allah SWT pada hari-hari yang kita digalakkan oleh syarak untuk merayakannya.

Netizen puji dan sebak lihat suasana takbir raya dalam penerbangan

Sementara itu, memindai ke ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata pengguna media sosial memuji Syafrie kerana menyemarakkan lagi suasana malam raya meskipun ketika dalam penerbangan.

Tidak kurang juga segelintir netizen yang berasa sebak melihat suasana tersebut dan berharap agar ia akan diteruskan lagi untuk masa akan datang.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

17 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

17 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

17 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

17 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

18 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

19 hours ago