Rangka Manusia Ditemui Di Kuarters Guru, Tengkorak & Badan Terpisah

Dua orang pekerja yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan kuarters perumahan guru terbiar di Membakut, Beaufort, Sabah telah menemui beberapa bahagian tulang dipercayai rangka manusia sekitar jam 9 pagi semalam (17 April).

Rangka ditemui di dalam sebuah bilik di bangunan yang dikatakan telah terbiar sejak lima tahun lalu.

Rangka Ditemui Lengkap Berpakaian, Namun Tengkorak Kepala & Rangka Badan Terpisah

Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Beaufort, Asisten Superintenden Weddrin Mojingkin, hasil siasatan di lokasi mendapati rangka manusia itu berada dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian.

Walau bagaimanapun, tengkorak telah terpisah dengan badan rangka dan berada di sisi mayat, jelas Weddrin.

Dia juga berkata memandangkan mayat ditemui sudah kering dan hanya tinggal tulang sahaja, tempoh kematian dianggarkan sudah lama.

“Tempat ini juga sudah lama ditinggalkan kosong tanpa penghuni sejak kira-kira lima tahun lalu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Terdapat Ikatan Wayar Putih Pada Kipas

Tambah Weddrin lagi, pihaknya turut menemui satu wayar putih tersimpul bulat yang tergantung di atas kipas di bilik rangka berkenaan ditemukan.

Kredit: Media sosial

Malah, sebuah kerusi plastik telah ditemui dalam keadaan rebah berdekatan dengan kedudukan mayat.

“Setakat ini, identiti mayat masih belum dikenal pasti dan polis tidak menemui sebarang kesan perbuatan jenayah di tempat penemuan,” katanya.

Identiti Mangsa Masih Belum Dikenal Pasti

Weddrin berkata kertas siasatan telah dibuka dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Proses bedah siasat akan dilakukan bagi mengenal pasti identiti mangsa dan punca sebenar kematian. Kesemua tulang yang ditemui itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Pihak polis juga sedang giat mencari orang awam yang kehilangan ahli keluarga. Weddrin meminta agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian agar terus hadir ke Balai Polis Membakut bagi membantu siasatan.

Recent Posts

  • Trending

Kabinet Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Bahan Api Diesel – PMX

Tambah Anwar lagi, golongan yang tidak mendapat manfaat daripada penyasaran subsidi ini adalah T20 dan…

3 hours ago
  • Trending

1 Maut & 30 Cedera, Penerbangan Singapore Airlines Alami Gelora Udara

Penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terbang dari London ke Singapura terpaksa dilencongkan ke Bangkok.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Penduduk Bimbang Selepas Serangan Balai Polis Ulu Tiram, MAINJ Pertimbang Robohkan Madrasah Luqmanul Hakim

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid bagaimanapun mengesahkan bahawa madrasah…

8 hours ago
  • Trending

“Moga Cepat Kaya” – Pemilik Rumah Disindir Kerana Mahu Sewakan Ruang Tamu Dengan 1 Katil Pada Harga RM170

Tuan rumah itu menawarkan ruang tamu yang dilengkapi dengan katil bujang berserta pasu bunga dengan…

8 hours ago
  • Trending

Netizen Seberang Puji Anggota PDRM Beri Layanan Baik Terhadap Warga Indonesia Semasa Buat Pemeriksaan [Video]

Malah, di akhir video tersebut, anggota polis itu sempat menitipkan pesanan agar pekerja dari Indonesia…

8 hours ago
  • Trending

“Tiada Common Sense”- Wanita OKU Kecewa Terpaksa Berdiri Lama Kerana Tak Ditawar Tempat Duduk [Video]

Menurut wanita OKU berkenaan, dia kecewa kerana ramai yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika…

9 hours ago