Suzuki Malaysia Lancar Skuter Avenis & Burgman Street EX

Suzuki Malaysia kini menawarkan dua varian motosikal skuter terbarunya, Avenis dan Burgman Street EX. Penawaran ini sekaligus mengukuhkan kehadiran jenama Suzuki dalam segmen skuter kapasiti kecil di Malaysia.

Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin SOHC SEP 125cc 4-Lejang dengan sistem penyejukan udara yang menjanakan kuasa sebanyak 8.7PS pada 6750 RPM dan tork sebanyak 10Nm pada 5500 RPM.

Manakala Burgman pula menampilkan ciri tambahan ‘Suzuki Eco Performance Alpha (SEP-α)’ yang dilengkapi dengan sistem ‘Engine Auto Stop-Start (EASS)’ untuk melengahkan enjin secara automatik apabila berhenti, serta ‘Suzuki Silent Starter System’ untuk permulaan semula enjin yang senyap.

Direka khas untuk golongan muda dengan gaya hidup dinamik, Avenis bakal memenuhi keperluan penggunaan harian yang memerlukan asimilasi penawaran pakej prestasi, keselesaan serta teknologi terkini.

Untuk itu, skrin LCD yang kompak dengan susunan info yang intuitif serta kehadiran indikasi pengendalian bahan api ekonomi yang berkesan turut memberikan nilai tambah yang baik untuk sebuah skuter kompak ini.

Bagi memperkemaskan lagi konsep aktif ‘On-The-Go’, Avenis turut melengkapkan skuter ini dengan penutup inlet bahan api yang diletakkan dengan selesa di lokasi bahagian luar belakang tempat duduk.

Dengan kapasiti tangki bahan api 5.2 Liter Avenis memberikan jarak perjalanan yang sempurna sekaligus dapat mengurangkan kekerapan pengisian semula untuk kegunaan seharian.

Berbeza untuk Burgman Street EX, model ini dikategorikan sebagai skuter kompak eksekutif dan premium. Penawaran gabungan rekabentuk elegan, keselesaan dan praktikaliti, dijelmakan dengan jarak antara roda yang lebih panjang serta tempat duduk yang lebih luas sekaligus memberikan pengalaman kestabilan penunggangan yang selesa.

Ruang lantai kaki hadapan yang lebih panjang dan luas memberikan fleksibiliti ergonomik untuk meluruskan kaki mereka untuk keselesaan tambahan pengendalian skuter.

Sama seperti Avenis, Burgman turut menawarkan ruang simpanan di bawah tempat duduk sebanyak 21.5 Liter, dua gantungan topi keledar, dan dua gantungan utiliti sebagai aksesori tambahan.

Ia juga menampilkan ruang kompartmen penyimpanan yang dilengkapi pot pengecasan USB. Burgman juga lebih memfokuskan kepada pengguna yang memerlukan jarak lebih jauh untuk kegunaan harian dengan kapasiti tangki bahan api yang lebih besar, iaitu 5.5 Liter, yang terbaik dalam kelasnya.

Pilihan warna

Avenis tersedia dalam tiga pilihan warna menarik – Metallic Matte Fibroin Grey dengan Metallic Lush Green, Metallic Matte Black dengan Glass Sparkle Black, dan edisi khas Metallic Sonic Silver dengan Triton Blue ‘Edisi GP’ yang menampilkan grafik perlumbaan Suzuki.

Sementara itu, Burgman Street EX datang dalam dua pilihan warna eksklusif – Pearl Moon Stone Gray dan Metallic Mat Black.

Jenama Suzuki mempunyai sejarah skuter yang menarik di Malaysia, meneraju barisan skuter yang bergaya dan moden di sekitar tahun 90-an dengan model seperti Suzuki V100, VR125, VS125, dan VS150.

Walaupun pasaran kini dipenuhi dengan pelbagai pilihan dalam pelbagai segmen skuter, pelancaran dua skuter baru ini menampilkan komitmen Suzuki Malaysia kepada peminat dan orang ramai dalam menyediakan pilihan motosikal skuter yang berkualiti, bergaya, dan berprestasi tinggi ke pasaran yang unik ini.

Harga

Harga Jualan Runcit Pengeluaran (MSRP) model skuter baru (tidak termasuk pendaftaran cukai jalan dan insurans) adalah seperti berikut:

  1. Suzuki Avenis                      : RM 6,980.00
  2. Suzuki Avenis (Edisi GP)        : RM 7,200.00
  3. Suzuki Burgman Street EX     : RM 7,500.00

Avenis dan Burgman Street EX kini boleh didapati di semua pengedar Suzuki di seluruh negara.

Recent Posts

  • Trending

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang…

28 mins ago
  • Trending

Ramai Kecam Tindakan Sekumpulan Individu Selamba Masak Mi Atas Dapur Di Stesen Minyak Genting Highlands [Video]

Menerusi video, kelihatan kumpulan berkenaan membawa dapur mudah alih, meja serta kerusi untuk memasak mi…

1 hour ago
  • Trending

[Video] Gara-gara Keluar Tak Bawa IC, Lelaki Dedah Pernah Tidur Lokap 4 Hari Dan Dipenjara Sehari

Disebabkan tidak mahu kad pengenalan sementara yang berupa sekeping kertas menjadi ronyok, lelaki ini bertindak…

2 hours ago
  • Trending

“Terbaik”- Penunggang Motosikal Tunda Kereta Avanza Guna Kaki Raih Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran pelakon, Syean kagum dengan tindakan penunggang motosikal yang menunda kereta MPV…

3 hours ago
  • Trending

Tindakan Individu Buang 10,000 Anak Ikan Keli Dalam Sungai Undang Kerisauan

Kebanyakan warganet mengecam tindakan individu berkenaan dan mahu pihak berwajib seperti DOF jalankan siasatan.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

3 days ago