YouTuber, Isaac Osman Dedah Rupanya Ada Kiosk Jual Ais Batu 24 Jam Di KL [Video]

Tak dinafikan apabila ada majlis keramaian atau jamuan makan pasti ais batu menjadi perkara yang sangat penting untuk disediakan.

Ini kerana, pastinya sebagai tuan rumah kita ingin menghidangkan makanan dan minuman yang dapat melegakan tetamu, contohnya air sejuk!

Namun apabila tiba musim raya atau kenduri kadang-kala kita sukar untuk mendapatkan ais batu terutama jika ia diperlukan pada waktu genting seperti pagi atau tengah malam.

Isaac Osman kongsi dekat mana boleh beli ais batu 24 jam

Baru-baru ini, seorang influencer dan YouTuber, Isaac Osman telah berkongsi satu kiosk yang menjual ais batu di Sentul.

Menerusi video tersebut, Isaac mengatakan dia memahami masalah segelintir pihak yang kadang-kala sukar untuk mencari di manakah kedai yang menjual ais terutama ketika waktu tertentu seperti Hari Raya.

Ini kerana, kebanyakan masyarakat sedang sibuk beraya maka kemungkinan lebih ramai yang membeli ais sehingga menyebabkan ia habis adalah tinggi.

“Musim-musim raya ni aku faham, ada yang macam aku. Raya je kena beli ais, asal musim raya kena beli ais. Kadang-kadang bukan kita tak nak beli tapi sebab kita tak tahu dekat mana ada ataupun kebanyakan tempat ‘sold out’,” katanya.

Kata Isaac yang terkenal dengan konten makanan, cara untuk membeli ais di kiosk itu juga mudah dan terdapat banyak beg ais turut disediakan.

1 beg seberat 10 Kg hanya RM3.50 sahaja

Dalam video sama, Isaac memberitahu harga untuk satu beg ais berat sekitar 10 kilogram hanya berharga RM3.50. Pelanggan hanya perlu membuat pembayaran di vending machine dan sebaik bayaran di terima pintu kiosk akan dibuka untuk membenarkan anda mengambil ais berkenaan.

Menurut Isaac lagi, kiosk tersebut terletak berdekatan laluan menghala ke Sentul dan LKTS.

Ramai persoal sistem pengambilan ais dalam kiosk

Melihat di ruangan komen ada juga yang memaklumkan kiosk menjual ais batu 24 jam ini juga terdapat di kawasan lain seperti Greenwood, Gombak.

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir yang khuatir dengan sistem digunakan kerana jika ada individu yang tidak jujur mereka mungkin akan mengambil beg ais lebih daripada yang dibayarnya.

“Nak tanya, kalau masuk duit tu nak beli satu, tapi bila buka je pintu nak ambil lebih. Macam mana tu?”

“Memang pintu tu terbuka lebar macam tu ya? Kalau orang tu ambil pek lebih daripada yang sepatutnya macam mana tu?”

“Lokasi Kg Bandar dalam sebelah Lebuhraya Duke susur ke Gombak”

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

31 mins ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

21 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

21 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

22 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

22 hours ago