“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Umum mengetahui, Malaysia tidak sahaja dikenali sebagai negara yang berbilang bangsa tetapi ia juga kaya dengan adat, adab dan sikap masyarakat bersopan santun.

Meskipun melalui proses permodenan dan sebagainya namun sehingga hari ini masyarakat di negara ini masih lagi mengekalkan adab yang sopan kepada generasi muda agar sentiasa melakukannya.

Pasangan mat salleh puji sikap masyarakat Malaysia ketika tonton konsert

Baru-baru ini, sepasang warga asing yang berada di negara ini memuji sikap masyarakat Malaysia yang menunjukkan tingkah laku baik sepanjang mereka menghadiri konsert gig kumpulan Incubus.

Konsert yang menampilkan kumpulan rock itu telah diadakan pada 27 April lalu di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Bezakan sikap penonton ketika tonton konsert di UK dan Malaysia

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @Veggiesontour, pasangan itu turut membezakan suasana dan juga tingkah laku penonton di United Kingdom (UK) semasa menonton konsert.

“Pertama kali menonton gig di Malaysia. Biar saya beritahu anda semua, Malaysian mempunyai tingkah laku yang baik ketika di gigs,” ujarnya seorang lelaki mat salleh.

Malah teman wanitanya turut memuji rakyat Malaysia sangat baik.

“Mereka sangat-sangat baik, semasa di UK apa yang akan anda lihat orang ramai memijik kaki pada setiap masa.

“Malah mereka menuang arak, air minuman dan juga bergaduh,” jelas mereka lagi.

Masyarakat Malaysia saling hormat-menghormati

Katanya lagi di Malaysia, kesemua penonton sangat menghormati antara satu sama lain di mana mereka tidak tolak-menolak atau berlaku sebarang kejadian tak diingini.

Malah mereka turut membenarkan penonton lain masuk seperti biasa dan tiada sebarang isu yang ditimbulkan.

Dalam video tersebut, pasangan itu turut menunjukkan beberapa momen indah mereka semasa menonton konsert berkenaan bersama penonton lain.

“Konsert tersebut sangat menarik dan ia dipersembahkan dengan baik. Saya seperti tidak percaya bagaimana baiknya rakyat Malaysia.”

Ramai harap pasangan mat salleh seronok tonton konsert dan ada yang sempat berseloroh

Mengintai di ruangan komen, ada yang mengatakan peminat Incubus kebanyakan sudah terlalu matang atau golongan dewasa maka kesemua yang hadir mempunyai tingkah laku yang baik.

Tidak kurang juga ada yang berharap pasangan itu gembira sepanjang berada di negara ini.

Malah ada juga yang sempat berseloroh mengatakan kesemua peminat yang hadir kebanyakannya mempunyai masalah sakit belakang disebabkan faktor usia.

“Ia adalah Incubus bro, semua peminatnya sudah matang. Namun jika anda datang pada konsert lalu tahun 2023 ia mungkin berbeza”

“Harap anda seronok tinggal di sini”

“Saya ada di situ, kebanyakan penonton adalah millenials jadi kami tiada masa untuk menolak antara sama lain disebabkan sakit belakang”

Recent Posts

  • Trending

Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan pelajar berkenaan seronok apabila guru menerima jambangan sayur-sayuran dengan gembira.

7 mins ago
  • Tech
  • Trending

Pengguna iPhone Dakwa Kemas Kini iOS 17.5 Buat Foto Lama Dipadam Muncul Kembali

Segelintir pengguna iOS 17.5 mendakwa gambar-gambar yang bertahun lamanya sudah dipadam kini hadir semula ke…

30 mins ago
  • Trending

ZUS Coffee Umum Pendirian Sokong Pembebasan Palestin Dan Menentang Genosid

ZUS Coffee dalam menyatakan bahawa mereka menentang isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku kepada masyarakat Palestin…

1 hour ago
  • Trending

Tak Sependapat Dengan Azhar Sulaiman, Leona Kongsi Pengalaman Ke Palestin

Menurut Leona, dia dan bapanya sering berbeza pendapat dalam pelbagai perkara malah dia sendiri sukar…

1 hour ago
  • Trending

Padah Masuk Lorong Ditutup Untuk Selenggara, Axia Terbalik Di Lebuh Raya [Video]

Menerusi video tersebut kelihatan kereta Axia tersebut terbalik selepas melanggar timbunan objek dipercayai batu tar…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Balai Polis Ulu Tiram Diserang, 2 Anggota Maut & Seorang Cedera

Suspek yang bertopeng dan menyerang Balai Polis Ulu Tiram bagaimanapun berjaya ditembak mati di lokasi…

2 hours ago