fbpx

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, daerah Klang mendapat perhatian ramai pihak selepas pelbagai kejadian jenayah dilaporkan berlaku di kawasan itu.

Malah, ada juga segelintir pihak mendakwa Klang bukanlah daerah yang selamat untuk diduduki sehingga ada yang menggelarnya bandar Columbia.

Tular video polis kejar dua individu di Klang

Hari ini (3 Mei), tular pula satu video di media sosial yang memaparkan aksi kejar mengejar di antara pihak polis dan dua individu di Klang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman X @rdnaiman, pemilik akaun yang dikenali sebagai Aiman Farhan berkata kejadian tersebut berlaku di Jalan Pasar Malam, Kapar berdekatan Kampung Bukit Kapar.

Lelaki tunggang motosikal tinggalkan rakan di tempat kejadian

Berdasarkan video terbabit, kelihatan dua lelaki yang menaiki motosikal cuba melarikan diri sambil dikejar oleh anggota polis dipercayai dari unit peronda.

Bagaimanapun, salah seorang dari mereka yang menunggang motosikal telah meninggalkan rakannya di lokasi terbabit ketika cuba melarikan diri.

Lelaki yang ditinggalkan pula terpaksa berlari lintang pukang seorang diri sambil dikejar polis.

Menurut Aiman, video tersebut diperolehnya menerusi aplikasi perbualan WhatsApp dan kejadian itu didakwa berlaku sebentar tadi (3 Mei).

Terbaharu, polis mengesahkan pihaknya sudah berjaya menahan motosikal tersebut, namun pemeriksaan terhadap dua lelaki berkenaan mendapati mereka tiada membawa apa-apa barangan yang menyalahi undang-undang.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao Samachulu, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Jelasnya, namun pemeriksaan lanjut mendapati, penunggang motosikal tidak mempunyai lesen memandu.

Justeru, satu saman telah dikeluarkan kepada penunggang motosikal terbabit, ujar Vijaya.

Klang bukan bandar Columbia, jenayah di Gombak lagi tinggi

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan Klang bukanlah bandar Columbia seperti yang disifatkan oleh sesetengah pihak kerana indeks jenayah di daerah Gombak adalah lebih tinggi.

“Kalau kita nak buat perbandingan antara pentadbiran Klang Selatan dan Klang Utara dengan daerah lain, daerah Gombak lagi tinggi, Petaling Jaya juga tinggi serta Kajang juga tinggi,” katanya dipetik Harian Metro.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.