fbpx
Now Reading
“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut melayan perbuatan kanak-kanak comel tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi setengah individu, kehadiran cucu atau cicit dalam kehidupan memberikan satu perasaan yang berbeza.

Kebanyakan mereka berasa lebih teruja dan gembira menimang cucu kerana ia merupakan penyambung keturunan sebuah keluarga selain daripada mengubah status mereka menjadi datuk atau nenek.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah sekiranya segelintir daripada mereka yang dahulunya garang dengan anak-anak boleh berubah menjadi seorang yang lembut.

Malah, kadang-kala ibu bapa kanak-kanak tersebut pula dimarahi oleh datuk dan nenek kerana tegas dengan cucu kesayangan mereka itu.

Nenek Tidak Kisah Cicit Main Bedak, Siap Layan Lagi

Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain dan menabur bedak di atas sebuah katil yang dipercayai milik moyangnya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun @unajwaa, apa yang menjadi perhatian adalah reaksi wanita warga emas tersebut ketika kanak-kanak yang dikenali sebagai Danish terus menabur bedak di hadapannya.

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut melayan perbuatan kanak-kanak comel tersebut.

“Haa sapu, sapu. Sapu muka adik. Sapu kepala. Takpelah, wangi bilik nek,” kata wanita berkenaan kepada cicit kesayangannya itu.

@unajwaa

Takpelah nek… Semua danish buat semua betul

♬ Funny – Gold-Tiger

Respon Nenek Jadi Perhatian Warganet

Reaksi balas yang diberikan oleh wanita berkenaan terhadap cicitnya itu nyata menarik perhatian ramai.

Rata-rata hairan dan kagum dengan sikap warga emas berkenaan yang sabar melayan kerenah kanak-kanak lelaki itu.

Malah, kebanyakannya turut berkongsikan pengalaman di mana ibu bapa mereka juga turut memberikan reaksi yang sama terhadap cucu kesayangan sedangkan mereka merupakan seorang yang tegas dan garang ketika zaman muda.

Berikut merupakan antara komen warganet:

Cucu Punya Pasal, Nenek Tidur Atas Tikar Mengkuang Pun Takpe

Gitulah, Makin Disuruh Tabur Bedak Tu, Cuba Waktu Kita Dulu

Baru Tadi Anak Aku Sepah Bedak, Mak Aku Cakap Kesian Dia Kena Marah Dengan Aku

Kalau Kita, Bukan Suruh Sapu Bedak Tu, Silap Hari, Penyapu Yang Kena Kita

Kalau Kita Buat Dulu, Tak Dan Sesaat Ambil Batang Paip Terus Rotan Kita

Baca Artikel Berkaitan: Dek Terlalu Rindu, Pasangan Warga Emas Sanggup Jalan Kaki Untuk Bertemu Anak & Cucu Di Hari Raya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Anak Jadi Mangsa Pilih Kasih Datuk & Nenek? Netizen Kongsi Kisah Sendiri [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.