Cadangan Buka Kepada Bukan Bumiputera: Dira Abu Zahar Mohon Jangan Ganggu Status UiTM [Video]

Umum mengetahui Malaysia mempunyai 20 Insitusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Namun, apa yang membezakan UiTM dengan IPTA yang lain adalah kriteria istimewanya di mana kemasukan institusi tersebut hanya terbuka untuk golongan bumiputera.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, wujud cadangan agar golongan bukan bumiputera turut diberi peluang bagi mengikuti pengajian di institusi tersebut.

Mohon Jangan Ganggu Status & Kedudukan UiTM

Terpanggil untuk mengulas cadangan ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Khaidhirah Abu Zahar mohon agar kedudukan dan status UiTM tidak diganggu gugat.

Menerusi video di akaun TikTok @diraabuzahar, dia berpendapat cadangan itu akan menggugat kestabilan dan kedudukan yang telah dibina oleh IPT tersebut dalam menempa nama di Malaysia.

Dia yang juga merupakan alumni UiTM turut menjelaskan bahawa cadangan itu juga akan mengubah silibus pelajaran dan budaya akademik yang telah lama dilaksanakan.

“Mengapa perlu mengganggu UiTM yang sudah berfungsi dengan baik dalam peranannya?

“Usahlah diganggu-gugat status dan kedudukan UiTM.

“Hayati dan hormatilah peranan institusi ini untuk bumiputera dan betapa dekatnya ia dengan orang Melayu.

“Sepatutnya kita harus berbangga dengan apa yang dicapai oleh UiTM sambil terus mendukung kepelbagaian pendidikan kita yang lebih luas,” jelasnya.

Persoal Wujud Permintaan Setelah UiTM Mula Dikenali

Malah, dia turut mempersoal mengapa wujudnya cadangan sedemikian setelah UiTM mula dikenali dan telah menempa nama.

Ini kerana pada awal pembukaannya, ia dianggap sebagai universiti kelas kedua dan tidak setanding dengan IPTA yang lain seperti UM dan UKM.

“UiTM telah berjuang untuk membuktikan keunggulannya namun apabila sudah mula dikenali dan dihormati, baru kelihatan seolah-olah ada permintaan untuk membuka pintu kepada mereka selain Melayu atau bumiputera.

“Sedangkan semasa awal digelar institusi, tidak ramai yang memandangnya.

“Adakah ini benar-benar tentang inklusiviti?” soalnya tegas.

UiTM Beri Peluang Kepada Golongan Bumiputera

Jelas Dira lagi, tujuan asal penubuhan UiTM adalah untuk memberi peluang kepada golongan bumiputera menyambung pengajian diperingkat tertinggi.

“Sejarah UiTM dibangunkan bukanlah untuk memisahkan tapi untuk memberi peluang kepada mereka yang pada satu masa dulu terpinggir dalam pendidikan.  

“Ini adalah untuk mengangkat komuniti dan martabat bumiputera untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah,” ujarnya.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim itu menjelaskan bahawa Malaysia melaksanakan dasar meritokrasi bagi kemasukan pelajar sejak tahun 2002 yang memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menyambung pengajian ke IPTA.

“Jadi, jangan lupa bahawa Malaysia begitu demokratik dengan keterbukaan institusi pendidikan untuk semua, baik Melayu atau khususnya bukan Melayu boleh memasuki universiti awam dan swasta yang lain,” jelasnya.

@diraabuzahar

Dalam sibuk beraya, saya nak mencelah ttg ckp2 ttg UiTM. Mohon hadam dan faham sebaik2nya dari sudut apa yg cuba saya sampaikan. UITM hanya untuk Melayu & BUMIPUTERA Malaysia. Fullstop! . #uitmdihatiku #melaka #pendidikanmelayu #uitmselamanya

♬ original sound – YB DIRA ABU ZAHAR – YB DIRA ABU ZAHAR

Terdahulu, cadangan kemasukan golongan bukan bumiputera ke UiTM mula tercetus apabila Ahli Lembaga Program Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau Parallel Pathway UiTM-IJN, Prof. Dr. Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan bahawa UiTM bersetuju membuka program berkenaan secara sementara kepada graduan bukan bumiputera.

Walau bagaimanapun, menurut Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, tiada permohonan rasmi atau perbincangan dibuat dengan UiTM berhubung perkara tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: UiTM Cipta Sejarah, Tersenarai Antara 100 Universiti Terbaik Di Asia!

Baca Artikel Berkaitan: UiTM Catat Sejarah, Anugerah Skrol Ke Sejuta Kepada Graduan Dalam Istiadat Konvokesyen Ke-97 [Video]

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago