AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

AstraZeneca (AZ) dilaporkan menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia. Langkah ini dilakukan beberapa selepas syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden itu mengakui vaksin ciptaan mereka boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku.

Menurut Berita Harian yang memetik Telegraph, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat berkenaan dengan sukarela menarik balik ‘kebenaran pemasaran’.

Permohonan untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei.

Difahamkan, permohonan untuk menarik balik vaksinnya itu juga akan dibuat di United Kingdom dan negara lain yang telah meluluskan vaksin itu yang dikenali sebagai Vaxzevria pada bulan depan.

Penarikan dibuat kerana lebihan vaksin terkini, kata AZ

Jelas AZ, penarikan vaksin COVID-19 di seluruh dunia itu dibuat kerana lebihan vaksin terkini yang tersedia sejak pandemik itu berlaku.

Syarikat itu juga berkata ia akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

“Memandangkan pelbagai jenis vaksin COVID-19 telah dibangunkan, terdapat lebihan vaksin dikemas kini yang tersedia,” katanya.

Permintaan Vaxzevria semakin menurun

AZ turut menambah bahawa ini telah menyebabkan penurunan permintaan untuk Vaxzevria, yang tidak lagi dikeluarkan atau dibekalkan.

Syarikat farmaseutikal itu yang tersenarai di London mula beralih ke vaksin virus pernafasan dan ubat obesiti melalui beberapa urus niaga tahun lalu selepas pertumbuhan yang perlahan apabila jualan ubat COVID-19 merosot.

AZ akui dalam dokumen mahkamah vaksinnya boleh jadi penyebab kesan sampingan

Terdahulu, AZ buat kali pertama mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin COVID-19 yang dihasilkan mereka boleh menyebabkan kesan sampingan berbahaya yang jarang berlaku.

Gergasi farmaseutikal itu mengakui vaksin buatannya boleh menyebabkan TTS (Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome) iaitu pembekuan darah dan kiraan platelet menjadi rendah dalam kes yang sangat jarang untuk berlaku.

Para saintis juga mula mengaitkan antara vaksin dan penyakit baru dikenali sebagai ‘iimune thrombocytopenia and thrombosis (VITT)’ berpunca daripada pengambilan vaksin seawal Mac 2021, sejurus selepas vaksin COVID-19 mula diedarkan.

Baca Artikel Berkaitan: AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago