fbpx
Now Reading
Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Anis Nabilah Dipuji, Bantu Hantar Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah [Video]

Selain membantu menghantar pemuda OKU berkenaan pulang ke rumah, warganet turut memuji tindakan Anis yang sanggup merakam video bagi membantu lelaki itu mencari pelajar untuk perkhidmatan tuisyennya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai manusia, kita seringkali dinasihatkan agar saling bantu membantu sesama insan khususnya buat mereka yang memerlukan bantuan.

Ia merupakan satu sifat terpuji dan individu yang melakukan perbuatan ini akan diberi ganjaran baik di dunia mahupun di akhirat.

Walau bagaimanapun, kebanyakan individu memberikan bantuan bukan hanya untuk ganjaran semata-mata namun disebabkan sifat ihsan dalam diri masing-masing.

Bantu Lelaki OKU Penglihatan Pulang Ke Rumah

Apabila menyebut bantuan sesama insan, chef selebriti terkenal Anis Nabilah berkongsi pengalamannya memberi bantuan kepada lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan yang dikenali sebagai Prakash.

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, dia berkongsi pengalaman menghantar lelaki OKU berkenaan pulang ke rumah.

Menurut Anis yang juga merupakan seorang pengacara, segalanya bermula apabila dia sedang menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran.

“Hari Khamis lepas (9 Mei) I habis kerja lambat then pergi mamak for supper (makan malam), waktu I sampai I nampak a man (lelaki) yang ada kecacatan penglihatan (visually impaired) baru habis makan dan dia tunggu Grab nak balik kat tepi jalan.

“Then I tengok dia diri sorang-sorang dalam 10 minit and banyak kereta drive laju tepi dia tapi Grab dia tak sampai-sampai,” tulis Anis.

Risau dengan keselamatan lelaki terbabit, Anis kemudiannya menawarkan diri untuk menghantar Prakash pulang ke rumah.

Lelaki OKU Buat Perkhidmatan Tuisyen

Jelas Anis, apa yang menjadi perhatian adalah sikap pemuda tersebut yang sopan dan berbudi bahasa.

Kongsi chef itu lagi, lelaki OKU berkenaan menyediakan perkhidmatan tuisyen rumah ke rumah (Home Tutor) bagi subjek Sejarah dan Bahasa Melayu khusus buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Difahamkan buat masa ini, dia sedang mengajar dua orang pelajar dan masih lagi mencari beberapa murid lagi.

Ketika disoal mengapa tidak menggunakan platform media sosial sebagai medium untuk mencari pelajar, Prakash menjelaskan dia memerlukan bantuan individu dalam membuat kandungan.

Namun, dia tidak mampu untuk menampung kos bagi mengupah individu tersebut kerana caj yang dikenakan agak mahal.

Terpanggil untuk memberi bantuan sekali lagi, dengan izin pemuda tersebut, Anis mengambil peluang merakam video bagi menghulurkan bantuan mencari pelajar untuk lelaki berkenaan.

Malah, menerusi video yang dimuat naik, Prakash turut berkongsi nombor telefonnya untuk dihubungi.

Dapat Tawaran Kerja Selepas Hantaran Tular

Terbaharu, gara-gara hantaran video yang tular itu, Anis memberitahu pengikut bahawa Prakash telah menghubunginya.

Berkongsi kisah perbualan tersebut, Anis memaklumkan kisah Prakash turut dilapor dalam akhbar berita Tamil.

Malah, apa yang lebih menggembirakan apabila lelaki OKU itu turut diberi tawaran kerja oleh individu dari bank tempatan.

Jelas Anis lagi, pemuda berkenaan gembira dan bersyukur dengan situasi yang sedang berlaku ke atas dirinya.

Anis turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengikutnya yang membantu menularkan kisah pemuda itu.

Hantaran Jadi Perhatian Warganet

Video yang dikongsikan oleh chef selebriti itu nyata menarik perhatian warganet. Rata-rata memuji tindakan Anis yang sanggup menawarkan diri untuk menghantar lelaki OKU terbabit.

Malah, ada juga yang memujinya sanggup membuat video bagi membantu Prakash dalam mencari pelajar bagi perkhidmatan tuisyen yang disediakan olehnya.

Selain perbuatan Anis, ada warganet yang turut memuji sikap Prakash yang sopan dan fasih berbahasa Melayu.

Berikut antara komen warganet:

Semoga Allah Balas Yang Baik-Baik

Semoga Rezeki Prakash Mencurah-Curah

Dia Nampak Baik & Sopan, Semoga Dapat Lebih Banyak Pelajar Lagi

Terima Kasih Anis! Minggu Depan Dia Akan Mula Mengajar Anak Saya

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Beri Tips RM300, Sebak Penghantar Makanan OKU Tetap Cari Rezeki Ketika Hujan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bantu Rakan OKU, Gelagat Kanak-Kanak Tadika PASTI Undang Sebak [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.