fbpx
Now Reading
Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan ‘Blockout’ Bermula, Netizen Nak Selebriti & Influencer Tunjuk Solidariti Terhadap Palestin [Video]

Gerakan ‘blockout 2024’ terhadap sesetengah selebriti atau pempengaruh tempatan adalah disebabkan mereka didakwa masih mempromosi jenama diboikot walaupun selepas 200 hari berlakunya peperangan di Palestin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kini, sudah mencecah hari ke 219 sejak serangan Israel terhadap rakyat Palestin berlaku. Pada 6 Mei lalu, rejim Zionis telah mengebom kawasan Rafah yang dikatakan sepatutnya menjadi lokasi selamat buat rakyat Palestin selepas dihalau dari tempat tinggal mereka.

Oleh disebabkan kekejaman yang berterusan, orang ramai serata dunia telah menunjukkan solidariti mereka bersama penduduk Palestin. Sebagai contoh memboikot jenama yang didakwa pro-zionis atau menyebarkan kesedaran menerusi media sosial.

Pun begitu, masih ramai di kalangan individu berpengaruh yang dikatakan masih mendiamkan diri dan tidak ambil ‘port’ tentang perkara berlaku.

Baca Artikel Berkaitan: “Zon Selamat Palsu & Mengelirukan” – UNRWA Dakwa Tiada Lagi Tempat Selamat Di Gaza


Netizen Mulakan Gerakan Blockout 2024

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@mehmet.izudin.gul) apabila lelaki dikenali sebagai Mehmet Izudin memperjelaskan tentang satu gerakan yang semakin giat berlangsung menerusi platform media sosial.

Jelas Mehmet, penduduk di Amerika Syarikat (AS) kini sedang melakukan satu gerakan ‘Blockout 2024’ secara besar-besaran.

Aktiviti blockout adalah apabila netizen memboikot kesemua selebriti atau pempengaruh yang tidak menunjukkan solidariti atau membantu rakyat Palestin yang sedang bertarung nyawa di tanah air mereka.

Sumber: Pexels

Bukan sekadar ‘unfollow’ di mana-mana platform media sosial, malah mereka telah bertindak menyekat (block) akaun orang ternama itu. Sebab utama mereka menyekat adalah supaya semua duit hasil tontonan pengiklanan tidak dapat disalurkan kepada selebriti atau pempengaruh terlibat.

Gerakan blockout berkenaan dilihat telah memberi kesan, di mana sesetengah selebriti yang dikatakan pro-Israel telah kehilangan sejumlah pengikut di media sosial. Ada juga yang telah kehilangan berjuta-juta pengikut ekoran blockout 2024 di AS.


Patut Ke Rakyat Malaysia Lakukan Gerakan Yang Sama?

Selepas gerakan blockout 2024 mendapat sambutan di AS, kini orang ramai di Malaysia pula ingin melakukan perkara sama. Tambah Mehmet, blockout ini adalah penting bagi memastikan setiap individu memberikan sokongan kepada saudara Islam yang sedang berjuang.

Keadaan dah teruk sangat sekarang. Rafah pun mereka (tentera Israel) masuk. Gaza tu dah jadi macam penjara! Lintasan Rafah tidak boleh masuk, bantuan disekat dan hari-hari ada pengeboman. Setiap hari ada rakyat yang mati syahid.

Mehmet Izudin.
Sumber: X (@UNRWA)

Bagi memberikan bayangan betapa seriusnya keadaan di Gaza, Mehmet berkata sesetengah golongan agamawan telah mengeluarkan cadangan atau fatwa supaya orang ramai menangguhkan dahulu ibadah haji demi membantu warga Palestin.

“Dekat Gaza sana lebih memerlukan wang, bantuan, tumpuan daripada kita semua,” kata lelaki berkenaan.


Ramai Mula Sahut Gerakan Blockout Di Malaysia

Sejak baru-baru ini, semakin tular di media sosial apabila para netizen meluahkan kekecewaan mereka kepada sesetengah selebriti dan pempengaruh tempatan.

Orang ramai mendakwa orang ternama tersebut tidak memberi sokongan kepada saudara kita di Palestin dengan tidak memuat naik sebarang posting kesedaran tentang apa yang sedang berlaku.

Malah ada yang mendakwa bahawa golongan sedemikian turut mempromosi barangan dan produk didakwa pro-zionis sehingga ke hari ini.

Baca Artikel Berkaitan: Seolah-Olah Sokong Perkongsian Oleh Peguam Pro-Israel, Siti Kasim Diserang Netizen


Netizen Lakukan Senarai Blok Terhadap Artis & Pempengaruh Tempatan

Kalau anda nak tahu, netizen juga telah membuat senarai nama selebriti dan pempengaruh yang harus diblok.

Seorang pengguna TikTok (@izwanhs) berkata terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum bertindak menyekat artis dan pempengaruh tempatan. Antaranya:

  • Pernah bersuara tentang isu Palestin tetapi masih mengambil tawaran kerja membuat ulasan produk dari senarai harus diboikot.
  • Langsung tidak ambil tahu mengenai situasi yang berlaku di Palestin.
  • Selalu lihat golongan tersebut promosi barangan pro-zionis di FYP (for you page).
  • Mendiamkan diri walaupun peperangan sudah berlangsung melebihi 200 hari.
Sumber: TikTok (@izwanhs)

Netizen Sahut Cabaran Blockout 2024

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersemangat untuk menyahut gerakan blockout di Malaysia.

“Jom sahut cabaran! Pulaukan artis dan pempengaruh yang tidak ada hati perut,” kata seorang wanita.

Malah ada juga yang memuji tindakan pelajar-pelajar di AS kerana memulakan blockout.

“Hebat pelajar AS. Memalukan kalau kita tak buat apa-apa biarpun usaha yang kecil,” jelas seorang individu.

Sementara itu, ada yang berkata setiap individu harus memainkan peranan masing-masing untuk menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Sumber: TikTok (@mehmet.izudin.gul)

Baca Artikel Berkaitan: Israel Beri Amaran Bakal Serang Rafah Menjelang Ramadan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.