
Kejadian Kepala Air Di Lata Iskandar Cetus Kerisauan Ramai [Video]
Menurut Amsyar, insiden dirakam kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia menuju ke tempat kerjanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada masa kini, beberapa daerah di Malaysia dilaporkan mengalami cuaca panas melampau. Namun, ada juga kawasan di negara ini mengalami hujan lebat dan ribut petir terutamanya pada waktu petang.
Keadaan ini sudah semestinya mengundang kerisauan ramai kerana hujan lebat yang berterusan boleh menjadi punca kepada bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan insiden kepala air yang biasanya berlaku di kawasan air terjun atau sungai.
Insiden Kepala Air Berlaku Di Lata Iskandar
Terbaharu, seorang pengguna TikTok berkongsikan kejadian kepala air yang berlaku di Air Terjun Lata Iskandar, Perak.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun @amsyar.am, insiden itu dirakam pada kira-kira jam 7.40 pagi pada 13 Mei ketika dia sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya yang terletak di Batu 19, Jalan Tapah – Cameron Highland.
“Kepala air di Lata Iskandar. Jalan Tapah-Cameron Highland,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Melalui video tersebut, kejadian kepala air itu dapat dilihat dari jauh dan jalan di sekitar kawasan berkenaan basah seolah-olah baru selepas mengalami hujan lebat.
Malah, turut kelihatan beberapa individu berhenti bagi merakam detik kejadian tersebut.
@amsyar.am Kepala Air Di Lata Iskandar . Jalan Tapah-Cameron Highland #amsyaram #cameronhighland #tapah #sungai #kepalaair
♬ original sound – 𝘼𝙈𝙨𝙮𝙖𝙧 𝘼𝙢 – 𝘼𝙈𝙨𝙮𝙖𝙧 𝘼𝙢
Video Raih Perhatian Warganet
Perkongsian oleh pemuda berkenaan nyata mendapat perhatian warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya terkejut melihat situasi terkini destinasi pelancongan itu.
Malah, ada yang turut meluahkan rasa risau memandangkan mereka bakal menggunakan jalan yang sama untuk bercuti ke Cameron Highland.
Ada juga segelintir netizen yang mendakwa aktiviti pembalakan haram menjadi punca kepada insiden tersebut.
Namun, dakwaan itu disangkal oleh pemilik video berkenaan memandangkan dia tidak pernah bertembung dengan lori balak sepanjang melalui kawasan tersebut.
Selain Lata Iskandar, ada juga warganet yang turut berkongsi pengalaman yang sama melihat kejadian tersebut di lokasi air terjun yang lain antaranya seperti di Lata Kinjang, Tapah dan di Kampung Sahom Kampar, Perak.
Sekadar info, Lata Iskandar pernah tersenarai sebagai lokasi titik panas berlakunya insiden kepala air oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Cara-Cara Kesan Kedatangan Kepala Air
Lazimnya, insiden ini terjadi apabila berlakunya hujan di kawasan hulu sungai. Jika anda berkunjung ke kawasan sungai atau air terjun, berikut merupakan cara yang anda boleh gunakan untuk mengesan kedatangan kepala air. Antaranya adalah:
- Keadaan langit di hulu sungai
- Kemunculan ranting kayu, air berkelodak dan berbuih
- Perubahan arus dan warna sungai
- Peka dengan cuaca
Berikut antara komen warganet:
Cuba Guna Drone Tengok Dari Atas Punca Kepala Air Ni

Habis Tu, Cameron Boleh Pergi Tak? Saya Dengan Suami Nak Pergi Bulan Depan

Warna Air Itu Nampak Macam Ada Pembalakan Haram

Aku Takut Kalau Bawa Orang Naik Cameron, Dulu Lalu Tapah, Tapi Sekarang Musim Hujan Lalu Jauh Takpe

Baru Balik Dari Cameron Minggu Lepas, Nasib Cuaca Okay

Semalam Camping Dekat Sahom Pun Kepala AirTinggi, Pagi Ni Pon Masih Kepala Air Juga

Sekarang Cuaca Tak Menentu, Elakkan La Pergi Mandi Dekat Air Terjun

Baca Artikel Berkaitan: